07 February 2010

Masa Depan Mujahidin Kita Dirampok!

Sedang kami dalam perjalanan dari Kuantan hari Sabtu yang lepas, kami dikejutkan dengan berita yang dihebahkan di IKIM.fm mengenai perkembangan semasa yang berlaku di Palestin. Di saat masyarakat dunia mengecam tindakan Israel menggunakan senjata/mortar dari fosforus putih, kesan langsung penggunaan senjata tersebut telah berada di hadapan kita. Ibu-ibu di Palesstin kini diancam kebimbangan mengenai kelahiran anak mereka yang cacat!

Ini adalah satu tindakan keji dalam rangka usaha rejim zionist menghapuskan generasi hadapan Palestin. Dalam diam sebenarnya mereka bimbang dengan kekuatan semangat jihad anak-anak Palestin sehingga sanggup menggunakan taktik kotor, dengan 'meracuni' kelahiran para mujahidin di bumi Palestin.

Mari kita doakan keselematan saudara-saudara kita di Palestin!

Ya Allah, selamatkan keturunan anak-anak di Palestin.
Ya Allah kau peliharalah mereka sebagaimana kau pelihara angkatan pejuangmu di medan Badr!

Kecacatan bayi di Gaza meningkat akibat kesan peperangan.
Sumber: Palestinkini.info

Sabtu, 06/02/2010 – Walaupun “Operation Cast Lead” Israel telah berakhir pada januari 2009, kesannya masih ada dan akan terus dirasai beberapa dekad mendatang. Doktor di Bandar Gaza melaporkan kenaikan kecacatan kelahiran yang membimbangkan di kalangan wanita yang terdedah dengan posporus putih dan beberapa lagi bahan kimia yang digunakan dalam senjata Israel.

Dalal Al-Agh, seorang wanita Gaza daripada kejiranan Al-Tofah di Bandar Gaza, melahirkan bayi yang tidak sempurna di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza City baru-baru ini. Bayi itu sukar bernafas, tangannya pendek, kaki dan hidungnya rata. Dia seberat hanya 4 kilogram dan ditahan di Unit rawatan neonatal (NICU).

Doktor yang memerhatikan ibu kepada bayi cacat itu tinggal di kejiranan Al-Tofah di Semenanjung Gaza, dimana diserang oleh Israel menggunakan bom fosforus putih pada perang yang terdahulu. Mereka me kecacatan kelahiran itu adalah kesan langsung daripada pendedahan kepada bahan kimia, yang mana kumpulan hak asasi manusia menentang penggunaanyan di kawasan awam berpenduduk padat.

06 January 2010

Kenyataan Akhbar PACE : Viva Palestina Convoy



NEWS FROM THE ROAD...


Kenyataan akhbar PACE

5 Januari 2010

PACE desak Kerajaan Mesir supaya menghentikan tindakan menutup terowong kemanusiaan ke Gaza dan memberi laluan kepada konvoi Viva palestina 3

PACE merakamkan rasa dukacita yang amat sangat atas sikap dan pendirian Kerajaan Mesir yang amat jelas bertentangan dengan prinsip kemanusiaan sejagat apabila bertindak menghalang bantuan kemanusiaan yang diterajui oleh konvoi Viva Palestina 3 dari memasuki Gaza. Konvoi Viva Palestina 3 yang digerakkan oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway terdiri dari 240 buah ambulan dan lain-lain kenderaan yang membawa bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas telah bertolak dari London pada 5 Disember 2009 merentasi Benua Eropah melalui jalan darat dan sepatutnya dijadualkan tiba di Gaza pada 27 Disember yang lalu. Bantuan ini merupakan sumbangan dari masyarakat antarabangsa tanpa mengira negara, bangsa dan agama. Rakyat Malaysia sendiri melalui PACE, FIMA dan orang perorangan yang bergabung di bawah inisiatif VPM (Viva Palestina Malaysia) telah menyumbang sebanyak 4 buah ambulan. Di samping itu inisiatif yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir turut menyumbang 5 buah ambulan di dalam konvoi tersebut.

Malangnya apabila sampai di Aqaba, Jordan, Kerajaan Mesir tidak memberi kebenaran kepada konvoi tersebut untuk memasuki Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Pelabuhan Nuweiba adalah pelabuhan utama dan sangat sesuai untuk mengendalikan jumlah kenderaan yang begitu besar. Namun atas alasan yang direka oleh Kerajaan Mesir telah menyebabkan konvoi berpatah balik melalui Syria dan kemudian mengambil laluan Laut Mediterranean untuk memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Pelabuhan al-Arish bukanlah pelabuhan utama dan jika konvoi tersebut memilih untuk memasuki Mesir melalui al-Arish maka mereka terpaksa menyewa 3 buah feri di samping terpaksa menggunakan khidmat pengangkutan udara bagi mengangkut sebahagian dari barang-barang bantuan. Ini melibatkan kos tambahan yang besar iaitu lebih dari USD 500,000 dan ia merupakan satu tanggungan yang cukup besar untuk ditampung oleh Viva Palestina.

Di samping itu Mesir turut mengenakan dua syarat yang tidak munasabah iaitu Viva Palestina mesti menyalurkan bantuan tersebut melalui UNRWA untuk diserahkan kepada penduduk Gaza, dan kedua mesti mendapat kelulusan Israel bagi memasuki Gaza. Adalah satu penghinaan untuk meminta izin dari entiti zionis yang menjadi punca kepada kepungan dan penderitaan rakyat Gaza selama ini.

Adalah amat penting bagi masyarakat antarabangsa mendesak kerajaan Mesir agar mempamerkan rasa persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat ke atas rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan dhaif setelah mengalami sekatan ekonomi menyeluruh dan kepungan sejak tiga tahun yang lalu. Kepungan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Israel adalah menyalahi undang-undang kerana ia mencabar Resolusi PBB 1860 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB yang memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api dibekalkan dan edarkan ke seluruh Gaza tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Kelumpuhan ekonomi yang dialami oleh Gaza diparahkan lagi dengan serangan biadap yang dilancarkan oleh Israel pada 28 Disember 2008 dan berterusan selama 22 hari sehingga Januari 2009. Serangan ataupun lebih tepat lagi pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk awam Gaza telah mengorbankan 1,417 jiwa, separuh darinya adalah wanita dan kanak-kanak. Di samping itu jumlah yang tercedera melebihi 5,000 yang menjadi mangsa kepada senjata pemusnah besar-besaran Israel termasuklah pesawat terbang kawalan jauh ‘predator drone’, peluru berpandu, bedilan kereta kebal, tembakan kapal perang dan bom fosforus puteh yang diharamkan dan disasarkan di tempat-tempat awam. Penderitaan yang tidak terperi ditanggung oleh penduduk Gaza apabila serangan berlaku dalam keadaan mereka tidak dapat keluar dari Gaza dan mencari perlindungan di negara-negara Arab yang berjiran. Bahkan Mesir bertindak menutup sempadan dan menghalang rakyat Gaza yang tercedera menyeberang masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan melalui satu-satunya pintu masuk ke Gaza dari Mesir iaitu di Rafah. Bukan sahaja rakyat Gaza tidak dapat memasuki Mesir, bahkan bantuan perubatan dan bekalan ubat-ubatan yang dikirim dari seluruh dunia tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh kerajaan Mesir. Tindakan tidak berperi kemanusiaan ini mencerminkan sikap kerajaan Mesir yang sebenar. Apakah mereka bertindak atas telunjuk Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dan mengenepikan tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Gaza.

Kini Kerajaan Mesir bertindak lebih kejam dengan menanam kepingan keluli sedalam 20 hingga 30 meter untuk menutup laluan terowong ke Gaza, satu-satunya ruang yang masih wujud untuk menyalurkan keperluan makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas yang lain. Semua ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang peranan Mesir di dalam menangani isu Gaza. Apakah Mesir dipergunakan untuk menjaga kepentingan Israel dan Amerika Syarikat sehingga tergamak melakukan sesuatu yang amat bertentangan dengan prisip asas hak asasi penduduk Gaza.

PACE dengan ini mendesak kerajaan Mesir untuk memenuhi tuntutan berikut:

  1. Kerajaan Mesir didesak atas dasar keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Gaza agar memudahkan laluan masuk konvoi Viva Palestina ke Gaza. Kerajaan Mesir sewajarnya memudahkan laluan konvoi dan menyediakan logistik yang munasabah bagi memudahkan penyampaian barang bantuan kepada penduduk Gaza.
  2. Mendesak Kerajaan Mesir supaya mengizinkan sukarelawan dari seluruh dunia yang berada di Kaherah untuk menyertai perarakan keamanan di Gaza sebagai tanda sokongan dan solidarity kepada penduduk Gaza yang terkepung dan teraniaya oleh sikap biadap Israel.
  3. Menuntut Kerajaan Mesir supaya menghentikan kerja-kerja menanam tembok konkrit di dalam tanah untuk menutup laluan terowong ke Gaza. Sehubungan dengan ini PACE menyokong kenyataan Presiden IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam) iaitu Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi yang mendesak agar seluruh rakyat Mesir bangkit mendesak kerajaan mereka menghentikan jenayah ini serta menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam OIC supaya campur tangan untuk menghentikan tragedi ini.
  4. Membidas kedutaan Mesir ke Malaysia yang memberi pelbagai alasan yang mengelirukan apabila mewajarkan tindakan kerajaan Mesir menyekat pergerakan konvoi Viva Palestina dengan penipuan dan dakwaan tidak benar.

PACE juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia dan warga dunia yang prihatin supaya melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Bangkit menyatakan bantahan kepada Kedutaan Mesir dan mengenakan tekanan kepada Kerajaan Mesir supaya mempamerkan sikap kemanusiaan yang tinggi terhadap penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Gaza. Keprihatinan ini perlu dibuktikan dengan membuka laluan dan memudahkan perjalanan konvoi Viva Palestina memasuki Gaza dan menghentikan jenayah menutup terowong ‘kehidupan’ ke Gaza.
  2. Keluar untuk menyatakan sokongan ke atas inisiatif yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mendesak Mesir supaya tunduk kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang prihatin ke atas nasib penduduk Gaza dan menyokong usaha untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza.
  3. Menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos tambahan yang kini terpaksa ditanggung oleh konvoi Viva Palestina akibat dari perubahan laluan yang dikenakan oleh Mesir untuk masuk ke Gaza. Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Tabung Palestin yang diwujudkan khas melalui Maybank No akaun 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sila nyatakan sumbangan adalah khusus untuk Viva Palestina 3 dan faks kan slip deposit ke 03-41071754. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada En Nasir Tampol di no tel 03-41089669.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

24 December 2009

...update

1. Hari ni mula kerja selepas kira-kira seminggu 'bercuti' (3 days of International Conference considered as holiday). Tiba-tiba janggal bila kawan mula address nama k'Shee as Puan Marshahida. Student mula panggil "Madame". The truth is i like to be called Miss Sheeda more,-the feel of being young (but not saying that I don't like my status now).

2. Alamat rumah bukan lagi di Jalan Melati 1 tapi Taman Permint Indah, masih di Dungun malah lebih dekat dengan tempat kerja. Dan 'musang' si kucing ada bersama kami..(Abang Long not allowed to have pet in quarters)




3. Minggu depan, k'Shee akan mula sibuk semula. Course Outline untuk semester baru perlu disiapkan dalam masa seminggu, dengan banyak aktiviti campus e.g Minggu Kualiti, Landskap ect.

4. Lagi 2 minggu, k'Shee akan jumpa balik adik-adik usrah UiTM. Yeay!! Kena belanja depa makan ikan bakar or ikan celup tepung(ICT) ni!

There will be no update for quite some time since my new home has no internet connection at the moment.....

26 November 2009

Eid : The Last Swing




Kesibukan kita dalam urusan harian seolah telah melupakan kita akan hari kebesaran yang bakal kita sambut besok. Percaya atau tidak ada di kalangan kita memilih untuk tidak mahu menyambut hari kebesaran tersebut semata-mata untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang tidak pernah putus. Pengecualian kepada mereka yang terpaksa bertugas seperti polis dan doktor. Mereka tiada pilihan!


Bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah di tanah suci, mereka sungguh beruntung kerana berpeluang melaksanakan segala ibadah yang dituntut di tempat kelahiran Rasulullah saw. Bagaimana dengan kita yang belum berpeluang seperti mereka? Kita digalakkan untuk menggandakan amalan-amalan kebaikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Kita digalakkan untuk melebihkan amalan qiamullail, bersedekah serta menolong mereka yang berhajat disamping amalan-amalan seharian yang lain.

Galakan yang paling besar adalah berpuasa pada hari Arafah. Ketika jutaan manusia berkumpul di padang Arafah untuk menunaikan ibadah kemuncak dan ibadah rukun haji, berwukuf, kita juga digalakkan meraikan ibadah kemuncak tersebut dengan berpuasa sunat 9 Zulhijjah

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”. (Riwayat Imam Muslim).

Eid: Apa tuntutan ke atas kita?

Kita dituntut untuk meraikan hari kebesaran Islam dengan hati yang gembira. Malah jika kita dalam keadaan bersedih disebabkan musibah sekali pun kita digalakkan untuk bersenang hati. Pada hari kebesaran Islam ini, kita dituntut untuk melakukan perkara-perkara kebaikan dan berusaha untuk meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Jangan lupa untuk melakukan amalan-amalan sunat pada hari raya (e.g. memakai pakaian yang paling baik dan saling mendoakan sesama Muslim). Pada hari Eidul Adha kita dituntut untuk melakukan ibadah korban seraya menjiwai semangat perngorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail. Begitulah indahnya Islam.

Indahnya Hidup di Bawah Bayangan Islam.

24 October 2009

I am bee,..

.. busy bee




Adik usrah k'Shee once request k'shee write some updates, what i've been up to.. here it come.

Tapi k'shee sebolehnya nak elak this blog from turning into any typical diary..

Why I am not going to write long about myself;

1) People reading tapi langsung tak menambah iman mereka! What a waste.
(wah, extreme nye k'shee!)

2) I have about 100+ CHE315 engineering reports needed to be marked

3) I have 3 set of test need to be marked : test and quizzes for CHE175 Engineering physics, test for CHE304 reaction engineering and another set of test for CHE314 instrumentation and control subject . All needed to be marked within this week.

4) My portfolio was chosen to be audited by Quality Unit. Sunday will be the day.




Conclusion: Less time more work.

When, my younger bro said once that I am too old-fashioned for not having own FB, my reply would be: I have no playful time, indeed. If i were given more extra time, I want to go and visit my old friends, going out and have dinner with my adik-adik usrah, do some sports with my kakak-kakak usrah and ect. Definitely not FB!