15 September 2008

Curently Reading What?

Minggu ini K'Shee sedang dalam usaha menghabiskan bacaan satu buku yang naqibah K'Shee yang tersayang pernah syorkan masa K'Shee di UK dulu. Pembacaan buku ni terhenti setelah K'Shee pindah ke Dungun. Tapi minggu ni nak sambung lagi.



Penulis : Bey Arifin
Penerbit : Pustaka Nasional PTE LTD Singapura
Sudah lupa how much it cost

Buku ini mengupas secara teliti makna disebalik surah yang dipanggil Ummul-Kitab, Al-Fatihah. Secara personal K'Shee sangat tertarik dengan cara kupasan surah al fatihah melalui buku ini dan terasa surah ini lebih dekat di hati.

Sedikit petikan dari buku ini dalam satu bab yang mengupas makna Ta'awwudz:

"Pokok masalah terpenting untuk memahamkan ayat ini terletak pada dua kata, iaitu kata-kata BERLINDUNG dan kata-kata SYAITAN. Dengan memahamkan sebaiknya dan sedalam-dalamnya, tentang PERLINDUNGAN ALLAH dan tentang SYAITAN kita akan memahai dan mengerti sedalam-dalamya akan isi yang terkandung dalam ayat ini."

No comments: