10 June 2009

..menunaikan hak-Dakwah Kita Tidak Selektif

Dakwah Kita Bukan Selektif.


Masih teringat K'Shee bagaimana first time mengikuti Program Keindahan BersamaMu (KBM) anjuran JIM Terengganu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu hampir setahun yang lalu. Ini adalah program pertama yang K'Shee sertai setelah balik ke Malaysia dan peluang pertama bertemu dengan penggerak-penggerak Karisma dan KRJ di Terengganu. Dan program ini adalah untuk pelajar tingkatan 2 & 4. Kemudian banyak lagi program-program seumpama dan untuk kebanyakkannya untuk target group yang lebih kurang sama.

Mula-mula terasa kekok juga untuk bersama-sama dengan adik-adik penggerak yang lain bersama-sama menyantuni madu' yang rata-rata jauh lebih muda dari K'Shee. Maklum, 3 tahun dalam dakwah di UK boleh dikatakan semua madu' adalah adik-adik yang baru menjengah usia di universiti. Sekarang K'Shee berhadapan dengan generasi yang jauh lebih fragile. Sungguh pengajaran pertama adalah berlapang dada. Hati beringat-ingat supaya tidak mempersoalkan 'arahan dari atas'. Dan seterusnya adalah fahamilah waqi'.

Hari ini, banyak dari program yang K'Shee hadiri adalah program yang banyak menyantuni golongan yang fragile tadi. Setiap minggu K'Shee akan dikelilingi oleh anak-anak remaja yang dahagakan ilmu dan perhatian. Saat ini K'Shee sedar yang dakwah kita bukan selektif. Dakwah kita untuk semua. Seperti yang dikisahkan oleh Allah dalam asbab-nuzul surah 'Abasa. Alllah menegur Rasulullah kerana mengabaikan satu pihak (Abdullah ibn Ummi Maktum) dan melebihkan pihak Quraisy (favourite group target) dalam dakwah baginda, sedangkan Abdullah ibn Ummi Maktum seorang yang buta tidaklah dapat melihat baginda memasamkan muka.

Rasulullah tidak silap dalam meletakkan keutamaan (aulawiyat), memilih sasaran dalam gerakan dakwah baginda, mereka yang lebih mempunyai kuasa dan ekonomi (favourite group target) namun Allah tetap menegur yang seolah terlupa kepada Abdullah ibn Ummi Maktum yang mempunyai ketulusan hati untuk mendekati dakwah Rasulullah. Impak dari peristiwa ini cukup besar.

Kalau diperincikan, teguran Allah ini kekal menjadi peringatan bukan sahaja untuk Rasulullah malah lebih penting kepada sesiapa sahaja dalam usaha menyambung mata rantai dakwah ilallah. Peringatan ini lebih menjurus kepada sisi akhlak dan strategi dakwah. Jika Rasulullah ditegur kerana seolah-olah menjadikan dakwah baginda selektif, bagaimana pula dengan kita?

K'Shee kini faham apa yang naqibah K'Shee remind sebelum balik ke Msia dulu. Berlapang dada dengan tanggungjawab dakwah di Msia dan pegang pada prinsip bahawa dakwah kita tidak selektif. Masyarakat sekarang umumnya sangat memerlukan daei' yang tidak selektif. Tanggungjawab daei bukan kepada mereka dan mereka yang boleh dipilih atas kapasiti "saya rasa kerja saya dakwah saya lebih mudah dengan mendekati mereka yang berada di kolej-kolej persedian dan univerisiti", tetapi cubalah untuk berlaku adil dan menunaikan hak semua.




Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang masih takut untuk terjun ke medan atau waqi' kita yang sebenar : Sebenarnya masyarakat ketika ini sangat-sangat memerlukan kita untuk menunjukkan mereka jalan. Jangan sesekali kita mengabaikan mereka. terutamanya golongan yang fragile. Bersama-samalah dengan jemaah yang kita masing-masing yakini dan 'berbakti' untuk masyarakat.

No comments: