07 February 2010

Masa Depan Mujahidin Kita Dirampok!

Sedang kami dalam perjalanan dari Kuantan hari Sabtu yang lepas, kami dikejutkan dengan berita yang dihebahkan di IKIM.fm mengenai perkembangan semasa yang berlaku di Palestin. Di saat masyarakat dunia mengecam tindakan Israel menggunakan senjata/mortar dari fosforus putih, kesan langsung penggunaan senjata tersebut telah berada di hadapan kita. Ibu-ibu di Palesstin kini diancam kebimbangan mengenai kelahiran anak mereka yang cacat!

Ini adalah satu tindakan keji dalam rangka usaha rejim zionist menghapuskan generasi hadapan Palestin. Dalam diam sebenarnya mereka bimbang dengan kekuatan semangat jihad anak-anak Palestin sehingga sanggup menggunakan taktik kotor, dengan 'meracuni' kelahiran para mujahidin di bumi Palestin.

Mari kita doakan keselematan saudara-saudara kita di Palestin!

Ya Allah, selamatkan keturunan anak-anak di Palestin.
Ya Allah kau peliharalah mereka sebagaimana kau pelihara angkatan pejuangmu di medan Badr!

Kecacatan bayi di Gaza meningkat akibat kesan peperangan.
Sumber: Palestinkini.info

Sabtu, 06/02/2010 – Walaupun “Operation Cast Lead” Israel telah berakhir pada januari 2009, kesannya masih ada dan akan terus dirasai beberapa dekad mendatang. Doktor di Bandar Gaza melaporkan kenaikan kecacatan kelahiran yang membimbangkan di kalangan wanita yang terdedah dengan posporus putih dan beberapa lagi bahan kimia yang digunakan dalam senjata Israel.

Dalal Al-Agh, seorang wanita Gaza daripada kejiranan Al-Tofah di Bandar Gaza, melahirkan bayi yang tidak sempurna di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza City baru-baru ini. Bayi itu sukar bernafas, tangannya pendek, kaki dan hidungnya rata. Dia seberat hanya 4 kilogram dan ditahan di Unit rawatan neonatal (NICU).

Doktor yang memerhatikan ibu kepada bayi cacat itu tinggal di kejiranan Al-Tofah di Semenanjung Gaza, dimana diserang oleh Israel menggunakan bom fosforus putih pada perang yang terdahulu. Mereka me kecacatan kelahiran itu adalah kesan langsung daripada pendedahan kepada bahan kimia, yang mana kumpulan hak asasi manusia menentang penggunaanyan di kawasan awam berpenduduk padat.

06 January 2010

Kenyataan Akhbar PACE : Viva Palestina Convoy



NEWS FROM THE ROAD...


Kenyataan akhbar PACE

5 Januari 2010

PACE desak Kerajaan Mesir supaya menghentikan tindakan menutup terowong kemanusiaan ke Gaza dan memberi laluan kepada konvoi Viva palestina 3

PACE merakamkan rasa dukacita yang amat sangat atas sikap dan pendirian Kerajaan Mesir yang amat jelas bertentangan dengan prinsip kemanusiaan sejagat apabila bertindak menghalang bantuan kemanusiaan yang diterajui oleh konvoi Viva Palestina 3 dari memasuki Gaza. Konvoi Viva Palestina 3 yang digerakkan oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway terdiri dari 240 buah ambulan dan lain-lain kenderaan yang membawa bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas telah bertolak dari London pada 5 Disember 2009 merentasi Benua Eropah melalui jalan darat dan sepatutnya dijadualkan tiba di Gaza pada 27 Disember yang lalu. Bantuan ini merupakan sumbangan dari masyarakat antarabangsa tanpa mengira negara, bangsa dan agama. Rakyat Malaysia sendiri melalui PACE, FIMA dan orang perorangan yang bergabung di bawah inisiatif VPM (Viva Palestina Malaysia) telah menyumbang sebanyak 4 buah ambulan. Di samping itu inisiatif yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir turut menyumbang 5 buah ambulan di dalam konvoi tersebut.

Malangnya apabila sampai di Aqaba, Jordan, Kerajaan Mesir tidak memberi kebenaran kepada konvoi tersebut untuk memasuki Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Pelabuhan Nuweiba adalah pelabuhan utama dan sangat sesuai untuk mengendalikan jumlah kenderaan yang begitu besar. Namun atas alasan yang direka oleh Kerajaan Mesir telah menyebabkan konvoi berpatah balik melalui Syria dan kemudian mengambil laluan Laut Mediterranean untuk memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Pelabuhan al-Arish bukanlah pelabuhan utama dan jika konvoi tersebut memilih untuk memasuki Mesir melalui al-Arish maka mereka terpaksa menyewa 3 buah feri di samping terpaksa menggunakan khidmat pengangkutan udara bagi mengangkut sebahagian dari barang-barang bantuan. Ini melibatkan kos tambahan yang besar iaitu lebih dari USD 500,000 dan ia merupakan satu tanggungan yang cukup besar untuk ditampung oleh Viva Palestina.

Di samping itu Mesir turut mengenakan dua syarat yang tidak munasabah iaitu Viva Palestina mesti menyalurkan bantuan tersebut melalui UNRWA untuk diserahkan kepada penduduk Gaza, dan kedua mesti mendapat kelulusan Israel bagi memasuki Gaza. Adalah satu penghinaan untuk meminta izin dari entiti zionis yang menjadi punca kepada kepungan dan penderitaan rakyat Gaza selama ini.

Adalah amat penting bagi masyarakat antarabangsa mendesak kerajaan Mesir agar mempamerkan rasa persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat ke atas rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan dhaif setelah mengalami sekatan ekonomi menyeluruh dan kepungan sejak tiga tahun yang lalu. Kepungan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Israel adalah menyalahi undang-undang kerana ia mencabar Resolusi PBB 1860 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB yang memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api dibekalkan dan edarkan ke seluruh Gaza tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Kelumpuhan ekonomi yang dialami oleh Gaza diparahkan lagi dengan serangan biadap yang dilancarkan oleh Israel pada 28 Disember 2008 dan berterusan selama 22 hari sehingga Januari 2009. Serangan ataupun lebih tepat lagi pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk awam Gaza telah mengorbankan 1,417 jiwa, separuh darinya adalah wanita dan kanak-kanak. Di samping itu jumlah yang tercedera melebihi 5,000 yang menjadi mangsa kepada senjata pemusnah besar-besaran Israel termasuklah pesawat terbang kawalan jauh ‘predator drone’, peluru berpandu, bedilan kereta kebal, tembakan kapal perang dan bom fosforus puteh yang diharamkan dan disasarkan di tempat-tempat awam. Penderitaan yang tidak terperi ditanggung oleh penduduk Gaza apabila serangan berlaku dalam keadaan mereka tidak dapat keluar dari Gaza dan mencari perlindungan di negara-negara Arab yang berjiran. Bahkan Mesir bertindak menutup sempadan dan menghalang rakyat Gaza yang tercedera menyeberang masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan melalui satu-satunya pintu masuk ke Gaza dari Mesir iaitu di Rafah. Bukan sahaja rakyat Gaza tidak dapat memasuki Mesir, bahkan bantuan perubatan dan bekalan ubat-ubatan yang dikirim dari seluruh dunia tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh kerajaan Mesir. Tindakan tidak berperi kemanusiaan ini mencerminkan sikap kerajaan Mesir yang sebenar. Apakah mereka bertindak atas telunjuk Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dan mengenepikan tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Gaza.

Kini Kerajaan Mesir bertindak lebih kejam dengan menanam kepingan keluli sedalam 20 hingga 30 meter untuk menutup laluan terowong ke Gaza, satu-satunya ruang yang masih wujud untuk menyalurkan keperluan makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas yang lain. Semua ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang peranan Mesir di dalam menangani isu Gaza. Apakah Mesir dipergunakan untuk menjaga kepentingan Israel dan Amerika Syarikat sehingga tergamak melakukan sesuatu yang amat bertentangan dengan prisip asas hak asasi penduduk Gaza.

PACE dengan ini mendesak kerajaan Mesir untuk memenuhi tuntutan berikut:

  1. Kerajaan Mesir didesak atas dasar keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Gaza agar memudahkan laluan masuk konvoi Viva Palestina ke Gaza. Kerajaan Mesir sewajarnya memudahkan laluan konvoi dan menyediakan logistik yang munasabah bagi memudahkan penyampaian barang bantuan kepada penduduk Gaza.
  2. Mendesak Kerajaan Mesir supaya mengizinkan sukarelawan dari seluruh dunia yang berada di Kaherah untuk menyertai perarakan keamanan di Gaza sebagai tanda sokongan dan solidarity kepada penduduk Gaza yang terkepung dan teraniaya oleh sikap biadap Israel.
  3. Menuntut Kerajaan Mesir supaya menghentikan kerja-kerja menanam tembok konkrit di dalam tanah untuk menutup laluan terowong ke Gaza. Sehubungan dengan ini PACE menyokong kenyataan Presiden IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam) iaitu Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi yang mendesak agar seluruh rakyat Mesir bangkit mendesak kerajaan mereka menghentikan jenayah ini serta menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam OIC supaya campur tangan untuk menghentikan tragedi ini.
  4. Membidas kedutaan Mesir ke Malaysia yang memberi pelbagai alasan yang mengelirukan apabila mewajarkan tindakan kerajaan Mesir menyekat pergerakan konvoi Viva Palestina dengan penipuan dan dakwaan tidak benar.

PACE juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia dan warga dunia yang prihatin supaya melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Bangkit menyatakan bantahan kepada Kedutaan Mesir dan mengenakan tekanan kepada Kerajaan Mesir supaya mempamerkan sikap kemanusiaan yang tinggi terhadap penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Gaza. Keprihatinan ini perlu dibuktikan dengan membuka laluan dan memudahkan perjalanan konvoi Viva Palestina memasuki Gaza dan menghentikan jenayah menutup terowong ‘kehidupan’ ke Gaza.
  2. Keluar untuk menyatakan sokongan ke atas inisiatif yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mendesak Mesir supaya tunduk kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang prihatin ke atas nasib penduduk Gaza dan menyokong usaha untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza.
  3. Menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos tambahan yang kini terpaksa ditanggung oleh konvoi Viva Palestina akibat dari perubahan laluan yang dikenakan oleh Mesir untuk masuk ke Gaza. Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Tabung Palestin yang diwujudkan khas melalui Maybank No akaun 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sila nyatakan sumbangan adalah khusus untuk Viva Palestina 3 dan faks kan slip deposit ke 03-41071754. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada En Nasir Tampol di no tel 03-41089669.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

24 December 2009

...update

1. Hari ni mula kerja selepas kira-kira seminggu 'bercuti' (3 days of International Conference considered as holiday). Tiba-tiba janggal bila kawan mula address nama k'Shee as Puan Marshahida. Student mula panggil "Madame". The truth is i like to be called Miss Sheeda more,-the feel of being young (but not saying that I don't like my status now).

2. Alamat rumah bukan lagi di Jalan Melati 1 tapi Taman Permint Indah, masih di Dungun malah lebih dekat dengan tempat kerja. Dan 'musang' si kucing ada bersama kami..(Abang Long not allowed to have pet in quarters)




3. Minggu depan, k'Shee akan mula sibuk semula. Course Outline untuk semester baru perlu disiapkan dalam masa seminggu, dengan banyak aktiviti campus e.g Minggu Kualiti, Landskap ect.

4. Lagi 2 minggu, k'Shee akan jumpa balik adik-adik usrah UiTM. Yeay!! Kena belanja depa makan ikan bakar or ikan celup tepung(ICT) ni!

There will be no update for quite some time since my new home has no internet connection at the moment.....

26 November 2009

Eid : The Last Swing




Kesibukan kita dalam urusan harian seolah telah melupakan kita akan hari kebesaran yang bakal kita sambut besok. Percaya atau tidak ada di kalangan kita memilih untuk tidak mahu menyambut hari kebesaran tersebut semata-mata untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang tidak pernah putus. Pengecualian kepada mereka yang terpaksa bertugas seperti polis dan doktor. Mereka tiada pilihan!


Bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah di tanah suci, mereka sungguh beruntung kerana berpeluang melaksanakan segala ibadah yang dituntut di tempat kelahiran Rasulullah saw. Bagaimana dengan kita yang belum berpeluang seperti mereka? Kita digalakkan untuk menggandakan amalan-amalan kebaikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Kita digalakkan untuk melebihkan amalan qiamullail, bersedekah serta menolong mereka yang berhajat disamping amalan-amalan seharian yang lain.

Galakan yang paling besar adalah berpuasa pada hari Arafah. Ketika jutaan manusia berkumpul di padang Arafah untuk menunaikan ibadah kemuncak dan ibadah rukun haji, berwukuf, kita juga digalakkan meraikan ibadah kemuncak tersebut dengan berpuasa sunat 9 Zulhijjah

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”. (Riwayat Imam Muslim).

Eid: Apa tuntutan ke atas kita?

Kita dituntut untuk meraikan hari kebesaran Islam dengan hati yang gembira. Malah jika kita dalam keadaan bersedih disebabkan musibah sekali pun kita digalakkan untuk bersenang hati. Pada hari kebesaran Islam ini, kita dituntut untuk melakukan perkara-perkara kebaikan dan berusaha untuk meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Jangan lupa untuk melakukan amalan-amalan sunat pada hari raya (e.g. memakai pakaian yang paling baik dan saling mendoakan sesama Muslim). Pada hari Eidul Adha kita dituntut untuk melakukan ibadah korban seraya menjiwai semangat perngorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail. Begitulah indahnya Islam.

Indahnya Hidup di Bawah Bayangan Islam.

24 October 2009

I am bee,..

.. busy bee




Adik usrah k'Shee once request k'shee write some updates, what i've been up to.. here it come.

Tapi k'shee sebolehnya nak elak this blog from turning into any typical diary..

Why I am not going to write long about myself;

1) People reading tapi langsung tak menambah iman mereka! What a waste.
(wah, extreme nye k'shee!)

2) I have about 100+ CHE315 engineering reports needed to be marked

3) I have 3 set of test need to be marked : test and quizzes for CHE175 Engineering physics, test for CHE304 reaction engineering and another set of test for CHE314 instrumentation and control subject . All needed to be marked within this week.

4) My portfolio was chosen to be audited by Quality Unit. Sunday will be the day.




Conclusion: Less time more work.

When, my younger bro said once that I am too old-fashioned for not having own FB, my reply would be: I have no playful time, indeed. If i were given more extra time, I want to go and visit my old friends, going out and have dinner with my adik-adik usrah, do some sports with my kakak-kakak usrah and ect. Definitely not FB!

08 October 2009

Hari Ini, Semalam dan Kelmarin..

Hari Ini...
Hujan mula renyai sejak dari pagi.
Kak Shee mula bersin. Orang kata, kalau bersin lebih dari 3 kali, itu tandanya akan dapat selsema. Kak shee bersin lebih dari 10 kali malam ni sahaja.
(Sensitif pula akhir-akhir ni..rasenya hujan yang k'shee redah pagi tadi takde lah lebat mane pun)


Semalam...
Kak Shee masuk kerja jam 9.00 pg. (waktu kerja pensyarah flexible).
Jam 10.15 pagi kak shee adakan test untuk pelajar semester akhir subjek Instrumentation and Control. Soalan test sebenarnya hanya siap jam 8.30 pg hari yang sama.
Siapa kata pensyarah kerjanya relax-relax aje. 2hari kak shee berhempas pulas dengan soalan test. Jam 11.30 pg k'Shee janji dengan pelajar semester 1 untuk adakan kelas tambahan untuk subjek Engineering Physics. Kami selesai setengah jam kemudian kerana kelas yang kami 'invade' tu akan dipakai oleh pelajar dari fakulti lain. K'Shee keluar makan t.hari dengan officemate di Bandar Dungun. Katanya, mahu pergi kedai 'pakcik baik' di medan selera Bandar Dungun. K'Shee makan nasi goreng pattaya dengan teh panas je. Perut masa tu dah rasa kurang selesa. Terdetik, mungkin sebab menstrual..

Jam 3.30ptg, k'Shee mula mual balik. Officemate k'Shee tegur nampak muka k'Shee pucat sikit. Jam 5.15 ptg k'Shee drive balik ke rumah, sampai di rumah terus terkam sinki. Muntah! Lega sikit. 'Angin' rupanya. Bloated. Inilah masalah wanita-wanita yang ada menstrual. Tak sempat pun duduk berehat sekejap k'Shee terima message;

kakak usrah :Shee, usrah petang ni di mana?
Shee : tak jadi tepi pantai sebab nak hujan ni. Rumah kak Ana yer
kakak usrah : okey, kami dah ada di rumah Ana ni. Jumpa Shee di sini yer.

Jam 6.30ptg, perut mual lagi. Angin sudah naik ke kepala. Sinki rumah kak Ana pulak yang jadi mangsa. Semua isi perut keluar kali ni. Rasa lega dan ringan kepala. Kena tahan. Lagi sejam boleh balik ambik PCM (paracetamol). Jam 8.00 mlm baru balik rumah. Abg and kak long keluar makan. Mandi, sapu minyak dan tidur...sampai pagi.


Kelmarin...
Kak shee masuk kerja jam 9.00 pg.
Lecture Engineering Physics jam 10.15pg. Habis 2 jam kemudian dengan suara yang hampir hilang. Kaki k'Shee lenguh-lenguh semacam, hati terfikir mungkin agaknya banyak berdiri semalam di program Bersama Minda Tunku oleh CheDet. Tiba waktu solat zohor, k'Shee kena berbuka puasa qada'-menstrual! Patutlah kaki lenguh semacam.
Jam 3.30ptg k'Shee terima message;

makcik usrah : usrah kita petang ni di rumah c'Jah. Ada jamuan raya
Shee : Raya lagi usrah kita?
makck usrah : jemputan raya jangan ditolak..
Shee : baik! bawak kueh?
makcik usrah : tak perlu

Balik kerja jam 5.3o ptg, k'Shee drive ke bandar, pergi kedai roti Sweden beli 10 biji muffin.
Masuk perkarangan rumah c'Jah yang (besar), terdetik : Lama dh tak datang rumah c'Jah.
Kami makan malam (berbuka puasa bg sebahagian kami) dengan juadah mee bandung dari Johor. Usai solat maghrib berjemaah, semua makcik-makcik beransur, kecuali k'Shee. Niat di hati nk berbincang dengan mc naqibahku yang tercinta tapi c'Jah pula dapat panggilan dari HEA mintak cover kelas tambahan add maths pelajar tingkatan 5.

"Shee, jom teman c'Jah. Ada kelas tambahan add maths di sekolah teknik"
"Kak Shee!" seru adik-adik perempuan kelas 5 KM (kejuruteraan mekanikal). Agaknya terkejut atau rindu sebab lama dah k'Shee tak bertandang ke surau mereka.
"Okey, Hr ni cikgu bawa k'Shee untuk bagi tips dan motivati mendapat 10A". Arahan yang spontan dari naqibah, terus k'shee sambut dengan lapang dada. 20 minit. Spontan. Puas. Syukur diberi kesempatan.
Jam 10.30 mlm k'Shee sampai ke rumah. Mandi dan tidur sejam kemudian. Hanya tu yang larat k'Shee layan...


[YaAllah, bagilah aku kekuatan dan kesihatan yang baik]

26 September 2009

More to do..than write

I want to write, about..

1- Eid 1430H with full of memories : I have met faces that I haven't see for ages..some have changed (a lot) yet some 'speak with the same slang' as they used to speak 5 years ago.

2- Why i quit my previous the-so-called-good payment-job. The question that my student keep on asking me on. The same question asked when people come to know that I am teaching, now. I rather put myself as educator instead.

3- Why Dungun not elsewhere? My decision to stay in Dungun is firm even before I decided to return to Malaysia. Apart from cost of living is higher than KL in here, I have no regret with my decision.

However I have more things to do at the moment.

1- Evalution on my teaching is scheduled this week (or maybe next week). I choose my evalutor to come to my lecture hours at any moment they prefer, without informing me earlier (errr..wrong choice?). Therefore, I need more preparation!

2- MQA is coming to evaluate our faculty teaching standard. More auditing work to do.

3- Final year student to finish final year project within 4 weeks time. I am final year project coordinator!. Lab works+ analysis experiment and rescheduling project presentation.

4- Process Control laboratory session in Shah Alam need new schedule, equals to more paper work!

19 September 2009

Eid Mubarak ~!

“Ja’alnaa Allah wa iyyakum min al aidin wa al faizin” - Semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali (ke jalan Allah) dan orang-orang yang menang (melawan hawa nafsu).Sungguh
Belum tertutup pintu kemaafan
Pada bulan kesucian al fitri
Masih rendah sayap Jibril 'Alaihissalam
Memohon keampunan
Untuk hamba-hamba yang khilaf
Penuh berharap
Dan jiwa ini penuh mengharap.

Assalamu'alaikum wrth wbt.

Ikhwah & Akhawat, sahabat dan seluruh para pengunjung blog PENA-TERBANG
Eid Mubarak to all. Taqabbalallahu Minaa wa minkum!

Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat menyambut eidul fitri kepada semua.
Dengan kerendahan hati ana ingin memohon maaf atas tutur yang salah, tulisan yang mengguris, janji-janji yang tidak tertunai dan tindakan-tindakan yang tidak menyenangkan.

Semoga kita menyambut hari kebesaran dengan penuh rasa syukur sambil tidak lupa untuk terus berdoa agar segala amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah, segala dosa-dosa kita diampunkan Allah dan kita dipelihara Allah dari azabNya.

Mari kita sama-sama tanamkan azam agar segala amalan (solat-solat sunat, solat-solat tahajjud, zikir-zikir dan doa-doa mengharap maghfirah) yang kita amalkan sepanjang ramadhan bukan sahaja menjadi satu bentuk latihan malah satu amalan yang berterusan untuk diamalkan di sepanjang sebelas bulan mendatang sehingga kita diizinkan Allah untuk bertemu dengan ramadhan lagi, insyaAllah.

Mari kita sama-sama berharap agar nilai ketaqwaan yang dibina hasil perjuangan (hawa nafsu, jiwa, keazaman & himmah) kita di bulan ramadhan selaras dengan suruhan berpuasa itu sendiri (al-baqarah: 186) menjadi satu bekalan yang cukup utuh untuk terus bekerja di jalan Allah, insyaAllah.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memperbanyakkan takbir dan tahmid pada malam hari raya, memuji, mengagung dan bersyukur kerana Allah masih menetapkan kita dan hati-hati kita di atas jalan petunjukNya, berada dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan salah satu perintah Allah sebagai manifestasi ketaatanNya.

"Sekiranya mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar pada hari itu." (HR Ibn Majah)

Salam eid mubarak untuk semua. Kullu am wa antum bikhair.
p/s:Jemput bertandang ke rumah di Besut/Dungun

Shee(da)/K'Shee
Besut
Malam 1 Syawal 1430H




The end? Or Just Started?

Takbir and tahmid fill up the air bring up the mood of Eid celebration. It marks the end of the blessed month of Ramadhan. Its beautiful days and fragrant night had passed. We leave the month of mercy and forgiveness behind. Are we going to 'enjoy' Ramadhan blessing month one more time next year? No one knows.

What we have gained?

Muslim with high self-reflect with truthfulness raise so many questions and so many thoughts of whether have they fulfilled the requirement of taqwa as mentioned by The Merciful God in al:Baqarah verse 184. Have they performed 'ibadah in a way that fulfill the condition of receiving mercy and forgiveness.

Ramadhan is a school for me to strengthening my inner faith (iman), a big opportunity to recharge my spiritual battery and a very strong platform to acquire provision for the rest of the year.
May the blessed month of Ramadhan be the true school of transformation in which train my inner self to change my action, habits and manner that are in variance with the Law of Allah, amin. And I keep praying that the change bring me closer to Him because signs for one deed's been accepted that one have improved their obedience to Allah. (Please God choose me to be one).

It's not the end. It has just begun.If I could stand in prayer at night during Ramadhan, then there remains voluntary night prayer throughout the year.

If I am willingly giving away charity and sadaqah during the blessed month of Ramadhan, there are many other doors to charity and sadaqah still remain open.

If reading Quran and all the works of trying to understand it could be done during Ramadhan meaning it could be done at all time.

Showing forgiveness and compassion to people started during Ramadhan month and it does not end with the end of Ramadhan but this righteous action is to be exercise at all time on the basis of knowing Allah is the most forgiving and companionate and Allah loves all who are forgiving and companionate.

I ask Allah to accept from me my fasting, my prayers and my righteous action, pray that my condition after Ramadhan be a better one, the state of humanity improve, hardly pray that I am granted honor and that I am truly submit myself to my one and only LORD.

K'shee
Night of 1 Syawaal 1430 H
Besut, Terengganu

12 September 2009

Enough Said..

..lets 'touch the ground'.

kami sampai di depan rumah Tok Nik yang usang..

Seusai solat Zohor di Sek. Rendah Islam Al-Amin Dungun (SRIAAD) siang tadi kami sekumpulan ahli JIM Dungun beramai-ramai meraikan segolongan yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Dungun dalam satu program yang kami namakan Ziarah Ramadhan.

Program Ziarah Ramadhan peringkat daerah Dungun diilhamkan dari mesyuarat AJK JIM Dungun 2 minggu yang sudah. Target 10 keluarga yang kurang berkemampuan untuk diziarahi dan diberi sedikit sumbangan sempena Ramadhan. Ini adalah satu usaha JIM Dungun untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun tidak se'gah' mana, tapi usaha yang besar bermula dari usaha yang sedikit tapi berterusan. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk k'Shee turut serta dalam program mendekati dan menyelami golongan ini dalam pada yang sama menginsafi diri akan kelebihan yang dianugerahkan.

Sementara ahli yang lain men'Ziarah Ramadhan' di sekitar Dungun utara, K'Shee bersama dengan kak Rosliza merangkap bendahari daerah, juga pensyarah UiTM Dungun pergi menziarahi 'Tok Nik' yang tinggal di jalan kg. Sura, berdekatan dengan Masjid Kampung Sura. K'Shee mengekori kereta k'Rosliza dari SRIAAD ke kawasan Dungun tengah (Kg. Sura) terkejut apabila kereta k'Rosliza tiba-tiba memasuki satu kawasan laman yang agak luas sebaik sahaja melintasi Masjid Kg. Sura menuju ke rumah kayu kecil lagi usang di satu sudut sana.

Sungguh, k'Shee tak pernah perasan ada satu pondok buruk di situ seolah tidak berpenghuni layaknya. Tapi di sinilah menjadi tempat berteduh seorng wanita tua berseorang diri tanpa suami atau anak untuk menemani. Lebih dekat untuk dikenali sebagai Tok Nik, wanita yang berusia 70 tahun lebih ini menyambut kami dengan senyuman yang sungguh menyejukkan hati bagi sesiapa sahaja yang memandang.

Tok Nik

Tok Nik dikenali oleh masyarakat setempat sebagai tok bidan/tukang urut, pandai memberi khidmat mengurut. K'Rosliza berkongsi pengalaman berurut dengan Tok Nik semenjak melahirkan anak kedua sampailah anak keempatnya. Jika Tok Nik sihat, pasti ramai yang datang mengurut. Diceritakan Tok Nik kerap jatuh sakit sejak akhir-akhir ini setelah menerima berita mengejut tentang kematian adik lelakinya lebih kurang sebulan yang lepas. Malah Tok Nik membeitahu kami berdua yang dia sudah 3 kali terjatuh di rumahnya semenjak berpuasa. Keazaman Tok Nik untuk beribadat dalam bulan puasa yang penuh barakah ini sangat tinggi. Tok Nik tidak pernah lagi meninggalkan puasa walaupun dalam keadaan sakit/uzur.

Tok Nik ramah. Banyak bercerita. Nampak dari cahaya wajahnya Tok Nik sangat gembira dengan kedatangan kami yang mengejut. Sesekali tangan wanita tua ini mengurut tangan dan lengan k'Shee. Memang Tok Nik pandai mengurut. Hilang sekejap lenguh-lenguh yang tersisa dari kerja-kerja menaip seminggu yang lepas. Tok Nik cakap, k'Shee ada berpotensi untuk jadi GEMUK! Alhmdulillah, itu yang k'Shee tengah cuba sekarang! Paling tidak cuba untuk mencecah 48kg sebelum Disember. 5 kilos in 3 months time. (A very long way to go!!)


K'Rosliza dengan Tok Nik
p/s: Gambar K'Shee ada dalam telefon k'Liza


Kami beredar setelah lebih kurang sejam meluangkan masa melayani cerita Tok Nik. K'Rosliza menyampai wang sumbangan ahli JIM Dungun dan sedikit kurma untuk bekalan berbuka puasa. Before get going I can't help myself from giving away a few 50 rm notes when kissing her rough hands. I'm about to burst a tear. She is just too kind to derserve a lonely life. She reminds me of my beloved mum, left alone back at home.

InsyaAllah lepas ni k'shee berazam untuk membawa ahli usrah (kakak-kakak dan adik-adik) untuk datang menziarahi Tok Nik sekali-sekala. We have too much loves. Give away some bits of it...May Allah count this small helps as one big deed during this fasting month, amin.



07 September 2009

ramadhan bulan rezeki..

..bagi mereka yang ikhlas beramal

"Sesungguhnya, Allah sangat banyak pemberianNya, menyukai banyak pemberian lagi Maha Pemurah, menyukai kemurahan tangan hamba-hambaNya".

Hikmah Allah kurniakan bulan Ramadhan kepada umat Nabi Muhammad sangat besar. Bulan Ramadhan bukan sahaja masa/bulan untuk menunaikan kewajipan berpuasa, memperbanyakkan solat-solat sunat malah Ramadhan juga dikenali sabgai bulan rezeki.

Mungkin ramai menganggap ramadhan bulan rezeki kerana bulan ini memberi peluang kepada peniaga untuk melebarkan keuntungan, baik peniaga makanan (bazaar ramadhan) mahupun peniaga barang-barang keperluan lain terutamanya keperluan raya. Ataupun ramai menganggap rezeki untuk para hufaz kerana pada bulan ini, khidmat mereka untuk mengimami solat-solat sunat terawikh sangat diperlukan.

Sebenarnya hakikat bulan ramdhan sebagai bulan rezeki adalah untuk umat Islam yang mengambil keberkatan ramadhan untuk 'meningkatkan nilai komposit index keuntungan akhirat'. Ramadhan satu-satunya bulan yang menyediakan seluas-luas peluang untuk pengamalnya mengaut keuntungan berlipat ganda. Lebih istimewa, ruangan ini hanya terbuka kepada golongan yang diberi layanan khusus iaitu ummat Nabi Muhammad saw.

Allah bersifat sangat pemurah pada bulan ramadhan. Di dalamnya Allah akan melipat kali gandakan ganjaran dan pahala. Satu amalan kebaikan diganjari dengan sepuluh kali hingga tujuh ratus kali ganda dan hak ini hanya milik Allah. Mereka yang menyedari hakikat ini mengambil peluang untuk menggandakan 'modal pelaburan saham akhirat'. Inilah yang dikatakan ramadhan sebagai bulan rezeki malah inilah yang membawa maksud ramadhan kareem (generous ramadhan).

Nilai berpuasa ramadhan juga dijernihkan dari kefahaman terhadap nilai kemurahan rezeki bulan ramadhan. Di sini kita dilatih untuk melepaskan diri dari ikatan terhadap harta dan kemewahan wang. Melatih diri untuk sedikit sebanyak menginfakkan sebahagian dari harta yang ada kepada golongan/badan institusi yang memerlukan akan melatih jiwa dari terbelenggu oleh terikatan terhadap kemewahan dunia. Inilah yang dilatih oleh Islam kepada penganutnya yang ikhlas dari amalam berpuasa.

Figura yang paling tepat untuk dicontohi dalam menilai erti kemurahan rezeki bulan ramadhan adalah rasulullah sendiri, tokoh agung dalam sejarah peadaban manusia. Diriwayatkan rasulullah akan menjadi lebih pemurah di bulan ini berbanding bulan-bulan yang lainnya.

Sesungguhnya Nabi SAW orang yang paling murah tangannya, baginda paling bermurah pada bulan Ramadan, ketika Jibril datang kepada Rasulullah untuk mendengar bacaan Al-Quran Nabi, Rasulullah lebih cepat memberikan sesuatu, melebihi kecepatan angin berhembus, di bulan Ramadan baginda tidak meminta sesuatu tetapi baginda sentiasa memberikan sesuatu kepada orang lain.”

-riwayat Bukhari dan Muslim dari ibn Abbas

Pada bulan ini, setiap lapisan ummat berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam amalan bersedekah dan menginfakkan harta. Baik golongan kaya dan berharta, golongan miskin juga mengambil peluang untuk beramal sedekah walau hanya sedikit. Dalam membudayakan amalan sedekah di bulan ramdhan ini, perlu untuk kita sentiasa memujuk hati bahawa amalan sedekah tidak pernah akan mengurangkan rezeki kita, seperti dalam firman Allah dalam surah as-Saba' dalam ayat 39:

"Sungguh, Tuhanku berkuasa melapangkan rezeki dan membatasinya bagi sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya". Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.

Seperti amalan-amalan lain di bulan ini, kunci utama dalam amalan bersedekah ini adalah ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah, seperti firman Allah dalam surah al-baqarah pada ayat 24;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"

Selamat beramal..-

K'shee @ Dungun
17 Ramadhan 1430H









29 August 2009

TABUNG UKHUWAH DANA PERUBATAN DR. HAFIDZI MOHD NOR( HMN)



Yang berat sama dipikul, yang sama dijinjing. Ukuwah bukanlah satu ikatan yang boleh diterjemahkan dengan kata-kata semata-mata. Terjemahan terbaik tanda kasih dan ukhuwah seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain ialah melalui perbuatan.

Sebagai peringatan marilah kita hayati apa yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali tentang sahabat. Menurut al-Ghazali, Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut”:

Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



Dr Hafizi – Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing

Kenali Dr Hafizi Mohd Nor

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 46 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahayamata.

Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan sejak masih menuntut di universiti sehinggalah hari ini. Antara jawatan yang pernah dan sedang disandang oleh beliau ialah Pengerusi JIM INTERNATIONAL (1999 – 2000), Setiausaha Agong JIM (2001 – 2003), Mantan Naib Presiden JIM (2004 – 2005) dan Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) . Beliau juga sering menjadi tetamu Jemputan dan wawancara (TV/Akhbar Harian/Majalah) , Radio IKIM (Ruangan Duniaku Buku dan Slot Fast-2-Fund untuk Palestin), Media Prima: TV3 (Buletin Utama), Astro Awani dan aktif menulis dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Majalah i, Majalah ANIS, Majalah Ummi.

Selain dari itu beliau juga sering dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus motivasi belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah. Memberikan kuliah bulanan mengenai Sejarah Islam di Nusantara di Masjid Negeri Shah Alam dan beberapa buah masjid dan institusi di sekitar Kuala Lembah Kelang.

Kasihnya Pada Palestin

Kasihnya pada Palestin memang tidak terungkap oleh kata-kata. Beliau begitu komited dalam memperjuang isu Palestin secara aktif semenjak tahun 1999. Tanpa penat lelah. Ketika sihat dan sakit. Beliau secara berterusan berceramah di surau, masjid, pejabat, kilang, sekolah, jabatan dan institusi kerajaan.

Program kecil atau besar, selagi ia atas nama Palestine, dia akan berdiri penuh bersemangat memberikan pengisian dan perkongsian. Tidak sedikit program kecil dan besar yang beliau sertai. Cukuplah disenarai beberapa program diantara banyak program yang melibatkan beliau.

Antaranya program Nakbah dengan Kerajaan Negeri Kedah pada bulan Jun 2008, Program bersama Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada bulan Julai 2008 dan Forum al Quds anjuran gabungan NGO Indonesia di Jakarta pada bulan Ogos 2008.

Selain dari isu palestin, keprihatinannya terhadap keadaan umat Islam memang tidak pernah disembunyikannya. Beliau pernah mengulas dan menjadi ahli panel isu-isu antarabangsa Umat Islam – Kempen Bantah Serangan Afghanistan dan Kempen Anti Perang Iraq.

Beliau juga tidak melepaskan kesempatan untuk bersama dalam misi-misi kemanusiaan, antaranya :

  1. Menyertai misi kemanusiaan ke Mindanao (pasca perang tahun 2001) - melawat kem-kem pelarian umat Islam di Cotabatu dan Maguindanao.
  2. Mengetuai misi kemanusiaan ke Maluku ketika berlaku rusuhan RMS (Republik Maluku Selatan) dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Maluku (2000).
  3. Mengetuai misi Kasih Aceh pasca tsunami pada tahun 2005 di bawah anjuran JIM-PKS (Indonesia).

Rindunya Pada Kegemilangan Ummah dan Islam

Rindunya pada kegemilangan ummah dan Islam sering dilontarkan dalam penulisan dalam forum maya atau media cetak. Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu malah mendidik masyarakat melalui penulisannya. Antara buku-buku penulisan beliau ialah :

1. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

2. Panel Penulis Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP)

3. Panel Penulis Ensaiklopedia Sains untuk pelajar (DBP)

4. Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya (JIM Media)

5. Berdamai Dengan Israel Berapa Harganya (JIM Media)

6. Dalang di Palestin: Hamas atau Israell (JIM Media & PACE)

7. Jejak Risalah di Nusantara 1: Dari Pra Islam Hingga Era Admiral Muhammad Cheng Ho (JIM Media)

8. Lambaian Kaabah (Penulisan bersama isteri Zuraidah Kornain) (JIM Media)

Azam Dan Keinginan Sentiasa Kuat, Namun Ujian Penyakit Membataskan Pergerakan

Azamnya dan keinginannya sentiasa kuat. Namun sebagai insan, kita semua diuji. Beliau turut diuji dengan sakit buah pinggang” Polycystic Disease of the Kidneys”. ( It is a rare disease but is Autosomal Dominant,-. inherited.) yang semakin hari semakin membataskan pergerakan dan kekuatan fizikalnya.

Setelah 5 tahun melalui proses dialisis, kesakitan yang dialaminya semakin kuat sehingga ada ketikanya ia membataskan pergerakan insan yang sentiasa ingin mencurahkan baktinya pada ummah dan agama.

Walaupun semangatnya sangat kental dan keinginannya sentiasa kuat, beliau terpaksa akur dengan keadaan fizikalnya. Kerana cita-cita dan kerja-kerja dakwah yang baginya masih banyak untuk dilaksanakan. Beliau mula mencari ruang untuk mendapatkan rawatan lanjut seperti pembedahan buah pinggang agar beliau dapat terus memperjuangkan apa yang ingin sangat dilihat iaitu kemenangan palestin dan kegemilangan ummah dan Islam dimana-mana jua diatas muka bumi ini.

Namun, atas sikapnya yang tidak suka meminta-minta membuatkan pendakwah ini terus berusaha mendapatkan kos rawatan bersama keluarganya. Kalau boleh mereka ingin berdikit-dikit mengumpul perbelanjaan dan menjual apa-apa aset yang dimiliki untuk membiayai kos pemindahan buah pinggangnya yang dijangka menelan belanja lebih kurang RM250 ribu.

Atas Dasar Ukhuwah Islamiah

Memandangkan Dr Haifizi bukanlah pendakwah yang bergerak sendirian. Segala perjuangannya selama ini juga bukan atas agenda peribadi. Beliau adalah sorang ikhwah yang sangat komited dengan apa juga tugas dakwah yang diberikan kepadanya.

Oleh itu, kita berasa sangat dukacita jika seorang ikhwah yang sangat komited dan kini sedang menderita sakit dibiarkan menguruskan keadaannya sendirian.

Atas dasar ukhuwwah Islamiah, Jawatan Kuasa Tabung Ukhuwah Dana Perubatan Dr Hafizi Mohd Nor ditubuhkan dan diluluskan dalam mesyuarat bulanan JKP (JIM) pada Ogos yang lalu.

Tujuan penubuhan tabung ini ialah untuk mengumpul dana sebanyak RM250K bagi menampung kos pemindahan buah pinggang Dr Hafidzi. Jawatankuasa ini juga berperanan mengenalpasti kaedah rawatan lain dengan nasihat pegawai perubatan yang merupakan ahli JK ini.

Semoga segala sumbangan ikhlas antum akan dihitung sebagai amal salih dan dilipatganda di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini di hari perhitungan nanti di hadapan Allah SWT Pencipta Alam ini.

JK Tabung Ukhuwah Dana Perubatan Dr.Hafidzi

Sahrim Haji Ahmad (Pengerusi)

Prof.Dr.Abd. Latiff Mohamed

Dr.Hj.Selamat Aliman

Dato’ Hj.Mustafa Kamal Mohd Zaini

Roha Hassan

Jusri Jusoh

7 Ramadhan 1430

27 August 2009

I am not punishing them..

but i'm trying to nurture them,


by telling what's good and bad.


Last Wednesday, k'shee had arrange a periodic quiz on subject basic instrumentation and control for my 32 final semester students. That day was the fifth day of fasting. The day before, k'shee had 5 hours lecture thus Wednesday of having one hour tutorial by just giving them a quiz would be my 'day-off' during fasting season.

Started with 5 minutes briefing about the quiz, asking them to sit in according exam-mood manner and ensuing them to keep all the notes away, k'shee expecting their first quiz on critically-thinking subject would run smooth and sound until k'shee spotted this one student is trying to peep through his peer's answer. K'shee just called out his name to warn him (and his other friends) that k'shee was aware of his bad attempt-MENIRU!. While waiting, I read a book from Abu' Al- 'Ala Maududi entitled "Islam and The World".

However, about 10 minutes after they have started their quiz, k'shee had spotted another male student peeping through something form his peer's answer whom sat next to him. At first k'shee thought that he was copying his friend's answer until k'shee approaching both of them and found out that there was a piece of paper written with notes all over it hidden under answer sheet. It's really pissed me off. K'shee grabbed the notes in sudden without saying any words. but giving them a killing look. They were shock and surprise. I let them answer the rest of the question with anger filing up my head and heart. All I can do at that time was Istigfar, trying to cool down my tempertature. I was so frustrated. Very frustrated with their action.



They finished the quiz within half an hour. Then, the whole class enjoying my 'lecture' of the day.

Imam al-Ghazali pernah berkata: “Berapa banyak orang yang berpuasa, namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu selain lapar dan haus. Sebab, hakikat puasa itu adalah menahan hawa nafsu, bukanlah sekedar menahan lapar dan haus. Boleh jadi orang tersebut memandang yang haram, Ghibah dan berdusta. Maka yang demikian itu membatalkan hakikat puasa.” Jadi adalah menjadi hak Allah untuk mengganjari ummatnya dengan seberapa banyak pahala bergantung dengan kualiti puasa mereka.

"Same goes to here. All of you are doing quiz today. But who knows, many of your are trying harder to score high yet not trying to cheating or copying answer from any notes but some of you are thinking of getting high marks by cheating and copying others. However at the end, it is MY RigHT as your lecturer and examiner to give you how much marks you deserve. You may answer all questions but getting ZERO marks as you had not abide by the rules thus the principle of sitting for quizzes are gone when all what you are trying to do is cheating!"

k'shee left the class with anger yet i am still being able to control it. Hoping for not hating the student but hate the action made by them. K'shee let my officemate knows about this. She explained that the same student tried to do the same thing during her first test long time ago and what she did to him was she tore the cheating notes into pieces in front of everyone and chase the student out of the test's hour.

K'shee told her that, i'm trying not to punish them but nurturing them what's bad and good. I will later decide how much marks will be allocated for them.

Later the day, k'shee received a text message asking for forgiveness, and note saying : " please gave me zero marks for quiz if it's were to sooth your heart"

22 August 2009

Ramadhan Kareem: Bulan Iman, Taqwa & Tekad

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem.

Titipan khusus untuk Marshahida Mat Yashim dan mereka yang sama-sama membahu dalam melaksanakan amar maa'ruf nahi mungkar, serta berintisab kepada dakwah ini. Khas untuk adik-adik dan kakak-kakak usrahku. Mari kita merindui Ramadhan sebagaimana generasi sahabat merinduinya.

Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang mengurniakan jutaan nikmat dan kasih sayang untuk hambanya. Selawat dan salam dititipkan untuk penghulu seluruh utusan Allah, Nabi Muhammad s.a.w. yang berkorban seluruh kehidupan baginda untuk ummat tercinta, serta seluruh ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang menjadi pendokong utama dakwah ilallah. Doa kesejahteraan untuk mereka yang meneruskan tugasan para nabi, menjalin tali rantai dakwah menjunjung kalimah tauhid. Semoga kita juga tergolong di kalangan mereka yang dipilih oleh Allah azzawajalla.

Marhaban ya Ramadhan kareem (Selamat datang): itulah ucapan yang paling tepat dalam menyambut 'tetamu' yang sangat mulia ini. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh ummat Islam yang rindukan limpahan rahmat dan keampunan Allah.

Di bulan Ramadhan ini Allah khususkan satu amalan yang sangat bermakna kepada seluruh hambaNya, seperti yang di wahyukan melalui lidah Rasulullah dalam surah al-baqarah 183:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

Uniknya amalan ibadah puasa adalah kerana ibadah ini benar-benar meningkatkan tahap ketaqwaan. Puasa adalah satu manifestasi keimanan secara langsung antara hamba dan Allah yang berhak menerima seluruh ketaatan. Amalan puasa adalah rahsia besar antara seorang hamba dan Tuhannya. Oleh yang demikian Allah menjanjikan ganjaran pahala secara langsung kepada hambaNya yang taat seperti yang dirakamkan di dalam hadith qudtsi:

"Setiap amalan anak cucu Adam miliknya kecuali puasa, dia adalah milik-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya dengannya".

Ramadhan adalan medan yang kita penuhi siang dan malamnya dengan segala amalan lahiriah dan batiniah. Ia menjadi satu ruang yang cukup luas untuk kita memperbaharui keimanan, mengukuh semangat, meningkatkan azam dan tekad (azimah), membersihkan kotoran-kotoran hati dan melupakan sejenak bebanan dan kesulitan hidup. Segalanya kita capai melalui penghayatan amalan puasa serta amalan lain yang mengiringinya, dilakukan dengan bersungguh-sungguh atas keyakinan bahawa Allah itu melihat dan menilai.

Atas dasar ramadhan dan segali isinya adalah satu madrasah untuk kita meningkatkan ketaqwaan dan kesempatan untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka marilah kita sama-sama memanfaatkan dari waktu-waktunya memohon keampunan, meningkatkan keimanan serta memperbaharui bai'ah kita kepada Allah dalam rangka memenuhi janji kita kepada agama ini, mengikhlaskan diri untuk ummat dalam melakukan pembaikan dan pengislahan.

Mari kita beramal dan berjuang.
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"
(Ali Imran : 133)

Ya Allah, bantulah hambamu ini mengharungi ramadhan sebagaimana hamba-hambamu yang terpilih, mereka redha kepadaMu dan Kamu redha akan mereka, amin.

Shee/K'shee: 1 Ramadhan 1430 Hijrah, Dungun Terengganu.



16 August 2009

Benarkah Kita Berhak?

Three simple words yet very deep meaning.



Tersentak.
Maybe it describes best my response when my office mate utter out that three simple words.

Perbincangan biasa kami petang-petang seusai menghabiskan lecture masing-masing banyak berkisar tentang project Master and pHD. Petang tadi K'Shee ada menyatakan kekesalan sistem pendidikan di Malaysia yang tidak dapat menerima hakikat bahawa bachelor in engineering dari UK hanya mengambil masa 3 tahun dan tahun ke-4 adalah Master year, seperti yang k'shee sendiri perolehi. Disebabkan konflik dalaman dan konflik dengan pihak kementerian pihak majikan k'Shee tak dapat memberi kata putus sama ada kelulusan Master of Engineering yang k'shee perolah setelah 4 tahun belajar di UK layak diiktiraf sebagai Master of Engineering atau Bachelor of Engineering. Jadi k'shee tidak dapat memutuskan untuk diri sendiri sama ada untuk meneruskan research pHD atau terpaksa mengulang Master untuk kali kedua.


Pernah k'shee menyatakan bahawa k'shee berhak untuk mendapat pengiktirafan di peringkat Master tersebut supaya dapat memudahkan k'shee untuk pursue my study to the higher level. Tapi benarkah k'shee berhak? Itu yang diutarakan oleh office mate k'shee. Apa jua keputusan pihak pengurusan (penjawatan) sebenarnya itulah yang terbaik. Kalau benar k'shee 'dipaksa'-bukan terpaksa, pursue Master lagi sekali, sebenarnya itulah yang terbaik. Semoga ia terbaik untuk dri k'shee, terbaik untuk agama dan perjalanan dakwah ini.



Sentiasa kita berasakan kita berhak untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup, tapi sentiasakah kita terfikir bahawa adakah kita benar-benar berhak? Berhak atau tidak, semua keputusan di tangan Yang Maha Mengadili. Mari kita sama-sama meletakkan kedudukan kita di kedudukan yang paling berhak mendapat syafaat Rasulullah dan syurga Allah, insyaAllah.

15 August 2009

I am not declaring war,,

..to my own blog.

it just..


busyness and tiredness cost me more time.


I choose to finish my 'assignment and homework for my students' instead of completing my own writing. A few articles 'stranded' in the middle of nowhere, almost disappear in the midst of tangled mind. No updates for almost a month now. Here i come again.

Just a bit what's happening these two days. This weekend is not-officially my turn to go home and visit mum after almost a month. Even though monthly qiamullail with usrah mate is scheduled this weekend, I had to pass. Money is not everything. She earned more than I do every month. Checking out on mum, listening to her a-month-around-the-world-gossip and cook for her at least will soothe her heart. I wanted to give her the best i could afford before changing my surname. *wink. But as always, I had more people longing for my love andattention.

My plan to visit adik-adik at IPGSM (Institut Perguruan Sultan Mizan) Besut on Friday was cancelled as they are quarantined inside due to H1N1 and outside visitors are strickly not allowed. This is my third failed attempt . Allah knows best why.

On may way back to Dungun from Besut, I stopped at Mc Ita's lovely house, to meet up akhawat from Russia and UK whom are now enjoying their summer holidays. They came to visit Mc Ita, and I was invited by Mc Ita to join them. We had our lunch there. Ta'aruf and sharing was the main agenda. Alhamdulillah, Allah gave them plenty chances to meet and get to know syuyukh-syuyukh in Terengganu. Not like when I was in their shoes a few yeas back.I envy them! I met sis Azimah and her sister DD whom came and had usrah at my home during last summer holidays, sis Effa whom i missed a lot, cute lil sis Ju whom i last met her was during ABJZ SMK Rantau Petronas on May. We met again, after my surprised visit to her home last 2 weeks, sis Aida surprised to know that I came to know her plan visit to Mc Ita's house. The rest are sisters/akhawat from Russia and UK. I could say this visit is a small unplanned reunion for me! My Allah tie our heart together and keep us tighten in this journey of da'wah.

I arrived home (Dungun) at almost 7.00 pm my very first view was my sis-in-law crashed-Vios. It gets on my nerve at that very moment as I saw the car and I whispered slowly to myself that I will drive slower and slowly next time. Accelerator is my best friend so far. Speeding is my hobby and slow driver is my allergic. My usrah mate would agree with me on this. My lucky number for today is 140km/h. It seems i need to choose a more-save-for-life hobby (or may be not).

25 July 2009

Sambutan Pelajar

Flyer distributed a week before the event

SamPel: Sambutan Pelajar. This event held a week ago.

Thanks a million to those who had contributed MONEY and TIME to ensure our event went well. Our first step in showering UiTM Dungun with droplets of tarbiyyah. May Allah guide us in every ways. May Allah accept our small deed for His Deen, amin.

Quoted from the report I had sent to JIMTrg/k_muraabi YG earlier:

[JIMTRG]
SamPel UiTM Dungun : Laporan & Perkongsian
From:
To:JIMTRG@yahoogroups.com, k_murabbi@yahoogroups.com

Assalamu'alaikum wrth wbt.

Afwan, laporan program SamPel UiTM lambat menyusul. InsyaAllah perenggan-perenggan yang panjang berikut adalah sedikit perkongsian dari program tersebut.



quran bismillah


Alhamdulillah dengan keizinan Allah program sambutan pelajar baru UiTM Dungun telah dilaksanakan pada 18 July 2009 (Sabtu seminggu yang sudah). Ekspedisi menawan Bukit Bauk bersama-sama pelajar baru (dan pelajar senior juga) lelaki dan perempuan telah terlaksana tanpa sebarang masalah besar walaupun perancangan program dibuat dalam masa yang singkat.

Program SamPel ini telah berjaya 'memikat' seramai 49 orang pelajar, (29 perempuan & 20 lelaki). Bersama menyertai ekspedisi ini adalah al-Fadhil Ustaz Ahmad Daud, Akhi Zul dan zaujah (Ukht Aini) dan Ukht Nazilah (KWJIM daerah Dungun) bersama anak-anak. Ana dan Ukht Rosliza bertindak sebagai pensyarah pengiring.

Peserta sampai dari kampus UiTM dungun di kaki Bukit Bauk sekitar jam 8.30 pagi dan mula dihidangkan dengan nasi lemak sebelum mula mendaki. Al-fadhil ustaz yang lebih awal sampai (sekitar jam 8.00 pg) menyambut ketibaan peserta di ruang rehat di kaki bukit bauk dengan semangat yang membara. Jam 9.00 pagi peserta memulakan pendakian. Terlebih dahulu, peserta melakukan aktiviti regangan yang diketuai oleh pelajar senior dari fakulti kej. kimia, dan pendakian didahulukan dengan bacaan doa oleh al-fadhil ustaz.

Setelah mendaki selama hampir 45 minit, kami berhenti di pertengahan (perhentian pertama) untuk berehat dan pendengar pengisian ringkas tapi padat dari al-fadhil ustaz Ahmad Daud. Ustaz memulakan pengisian dengan membawa perserta meneliti makna ayat 190&191 dari surah ali-imran iaitu dengan lebih tepat merungkai makna golongan ulil albab yang disebut Allah dalam ayat berkenaan. Sesuai dengan mood peserta yang berada sangat dekat dengan alam, ustaz cuba menggoyah (shake) minda peserta dengan hakikat bahawa kekuasaan Allah tampak pada ciptaan alam yang sungguh dekat dan ilmu berkaitan dengannya amat luas, maka tanggungjawab manusialah untuk menghayatinya dan menjadi golongan yang berfikir, yang berulang kali Allah sebutkan dalam kitabNya. Kemudian al-fadhil ustaz membawa peserta meneliti ayat 1-5 surah al-Alaq satu persatu, ayat-ayat yang menyusun manusia dalam rangka mewujudkan golongan ulil albab. Malah ustaz ada menyebut ayat-ayat ini juga menjadi rangka kepada pembinaan tamadun manusia, civilisation. (Salah seorang peserta ada meluahkan pada ana , dia sangat terharu dan tersentuh hati dengan tazkirah oleh ustaz - siapa yang tidak!.Subhanallah) .

Setelah hati kusyuk mendengar pengisian dan minda ligat berputar mencerna pengisian al-ustaz, peserta meneruskan pendakian ke puncak Bukit Bauk. Pendakian yang dikatakan oleh Akhi Zul akan mengambil masa 20 minit ternyata meleset apabila kami hanya berjaya sampai ke puncak (mencecah pagar territory TM) setelah mendaki selama hampir setengah jam kemudian mungkin kerana it was first time for everyone and the route for second half is very steep. However, view from the top was very breathtaking, SubhanaAllah. Tidak berlama di puncak, sebaik sampai di puncak, peserta terus turun ke kaki Bukit Bauk semula.

Semua peserta sampai di kawasan rehat di kaki bukit bauk semula sekitar jam 12.00 tengahari. Peserta kemudian disambut dengan minuman, kuih muih dan buah-buahan di sekitar ruang rehat di kaki bukit. Cuaca yang sedikit redup mengizinkan program diteruskan dengan slot terakhir ekspedisi bukit Bauk sempena SamPel iaitu diisi dengan pengenalan apa itu halaqah/usrah sekali lagi oleh ustaz Ahmad Daud dan kemudian pengenalan JIM oleh akhi Zul selaku YDP JIM Dungun. Kehadiran Akhi Fahzan bersama mantan pimpinan KARISMA Pahang di slot terakhir program tidak disia-siakan apabila pengenalan kepada KARISMA dan KRJ juga diberikan oleh Akhi Fahzan, penasihat KRJ Dungun.

Program berakhir di sekitar jam 1.00 ptg. Walaupun peserta lelaki ramai yang telah menarik diri kerana tarikh program terpaksa diubah last minute ana yakin mereka yang datang inilah yang dipilih oleh Allah. Jazakhumullah khayr ana ucapkan kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program SamPel ini. Ana melihat ini adalah titik permulaan untuk KARISMA bertapak lebih kukuh di UiTM Dungun dalam usaha menyebarkan dakwah di alam kampus. Ana ada berbincang dengan ustaz ahmad daud mengenai langkah susulan tetapi perancangan yang lebih teliti diperlukan untuk memastikan objektif asal program SamPel ini tercapai : membawa seramai mungkin dari program ini ke dalam sistem usrah. Maklumat2 peserta ada dalam simpanan ana.

Ana ingin mengambil kesempatan ini menyeru ikhwah dan akhawat di luar (meaning di luar UiTM) untuk menyokong segala usaha KARISMA di UiTM. KARISMA memerlukan banyak tenaga dan sokongan untuk menggerakkan usaha2 dakwah di dalam kampus.

Jazakhumullah khayr katheera

Dakwah kita tidak selektif, dakwah kita untuk semua.

Marshahida Mat Yashim (MMY)
Dep. of Chemical Engineering
UiTM Dungun

21 June 2009

Have we ever..


"And how many signs in the Heavens and the Earth do they pass by? Yet they turn away from them (without thinking). "
(Yusuf : 105)


Have we ever thought about the fact that we did not exist before we were conceived and then born into the world and that we have come into existence from mere nothingness?

Have we ever thought about the flowers we see by the road everyday come out of pitch black, muddy soil with fragrant smells and as colourful as they are?

Have we ever thought about how mosquitoes, which irritatingly fly around us, move their wings so fast that we are unable to see them?


Have we ever thought about how the peels of fruits such as bananas watermelons and oranges serves as wrapping of high quality, and how the fruits are packed in these wrapping so that they maintain their taste and fragrance?

Have we ever thought about the possibility that while we are asleep a sudden glazing fire could raze our home, office or city to the ground and in few moment we could lose everything of the world we possess?

Have we ever thought how life passes away very quickly, and that we will grow old and become weak, and slowly lose the beauty we possess, health we never feel grateful to have and strength we never thought to deprive?



Have we ever thought about how one day we will find angels of death appointed by God before we and that we will then leave this world?

...and have we ever thought about how we are so attached to a world from which we will soon depart when what we basically need is to strive for the hereafter?

"We did not create the heavens and the earth and everything between them as a game. We did not create them except with truth but most of them do not know it"
(Ad-Dukhan :38-39)

Whoever does not think and think (realise by heart) will remain totally distant from real truth and lead their life in self-deception and error. Consequently, they will not grasp the purpose of the creation of the world and even worse the reason for their existence on the earth. Yet, God has created everything with purpose. Have we ever knew this?

Related : Watch this out