Masih teringat K'Shee bagaimana first time mengikuti Program Keindahan BersamaMu (KBM) anjuran JIM Terengganu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu hampir setahun yang lalu. Ini adalah program pertama yang K'Shee sertai setelah balik ke Malaysia dan peluang pertama bertemu dengan penggerak-penggerak Karisma dan KRJ di Terengganu. Dan program ini adalah untuk pelajar tingkatan 2 & 4. Kemudian banyak lagi program-program seumpama dan untuk kebanyakkannya untuk target group yang lebih kurang sama.
Mula-mula terasa kekok juga untuk bersama-sama dengan adik-adik penggerak yang lain bersama-sama menyantuni madu' yang rata-rata jauh lebih muda dari K'Shee. Maklum, 3 tahun dalam dakwah di UK boleh dikatakan semua madu' adalah adik-adik yang baru menjengah usia di universiti. Sekarang K'Shee berhadapan dengan generasi yang jauh lebih fragile. Sungguh pengajaran pertama adalah berlapang dada. Hati beringat-ingat supaya tidak mempersoalkan 'arahan dari atas'. Dan seterusnya adalah fahamilah waqi'.
Hari ini, banyak dari program yang K'Shee hadiri adalah program yang banyak menyantuni golongan yang fragile tadi. Setiap minggu K'Shee akan dikelilingi oleh anak-anak remaja yang dahagakan ilmu dan perhatian. Saat ini K'Shee sedar yang dakwah kita bukan selektif. Dakwah kita untuk semua. Seperti yang dikisahkan oleh Allah dalam asbab-nuzul surah 'Abasa. Alllah menegur Rasulullah kerana mengabaikan satu pihak (Abdullah ibn Ummi Maktum) dan melebihkan pihak Quraisy (favourite group target) dalam dakwah baginda, sedangkan Abdullah ibn Ummi Maktum seorang yang buta tidaklah dapat melihat baginda memasamkan muka.
Rasulullah tidak silap dalam meletakkan keutamaan (aulawiyat), memilih sasaran dalam gerakan dakwah baginda, mereka yang lebih mempunyai kuasa dan ekonomi (favourite group target) namun Allah tetap menegur yang seolah terlupa kepada Abdullah ibn Ummi Maktum yang mempunyai ketulusan hati untuk mendekati dakwah Rasulullah. Impak dari peristiwa ini cukup besar.
Kalau diperincikan, teguran Allah ini kekal menjadi peringatan bukan sahaja untuk Rasulullah malah lebih penting kepada sesiapa sahaja dalam usaha menyambung mata rantai dakwah ilallah. Peringatan ini lebih menjurus kepada sisi akhlak dan strategi dakwah. Jika Rasulullah ditegur kerana seolah-olah menjadikan dakwah baginda selektif, bagaimana pula dengan kita?
K'Shee kini faham apa yang naqibah K'Shee remind sebelum balik ke Msia dulu. Berlapang dada dengan tanggungjawab dakwah di Msia dan pegang pada prinsip bahawa dakwah kita tidak selektif. Masyarakat sekarang umumnya sangat memerlukan daei' yang tidak selektif. Tanggungjawab daei bukan kepada mereka dan mereka yang boleh dipilih atas kapasiti "saya rasa kerja saya dakwah saya lebih mudah dengan mendekati mereka yang berada di kolej-kolej persedian dan univerisiti", tetapi cubalah untuk berlaku adil dan menunaikan hak semua.
Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang masih takut untuk terjun ke medan atau waqi' kita yang sebenar : Sebenarnya masyarakat ketika ini sangat-sangat memerlukan kita untuk menunjukkan mereka jalan. Jangan sesekali kita mengabaikan mereka. terutamanya golongan yang fragile. Bersama-samalah dengan jemaah yang kita masing-masing yakini dan 'berbakti' untuk masyarakat.
..dan apabila kematian adalah pengajaran paling tepat untuk sebuah kehidupan
"Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan Yang Berkuasa mematikan setiap yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa."
Semalam K’Shee diizinkan Allah untuk bersama-sama dengan sebahagian ahli keluarga yang lain mengiringi satu jenazah ke perkuburang Islam Kg. Raja. Tidak terniat untuk pergi mengiringi jenazah pakcik K’Shee dikebumikan di situ, tetapi panggilan telefon dari makcik dari kawasan perkuburan, meminta K’Shee pergi menghantar tikar hamparan untuk jemaah di kubur memaksa K'She untuk turut serta ke kawasan perkuburan. Ditemani kakak ipar yang baru 3 bulan mengandungkan cucu sulung mak, K’Shee ke sana dan menyertai jemaah menyelesaikan hak arwah untuk terakhir kalinya.
Dari tanah manusia diciptakan dan kepada tanah jua ia dikembalikan
Sesungguhnya janji Allah ini benar. Tujuh kaki dalamnya lahad digali untuk menempatkan jenazah. Mulut dan hidung dipenuhi dengan tanah lalu berkeseorangan diri dikambus dengan tanah juga. Tanah itulah yang menjadi kediaman sementara kita sehingga dibangkitkan Allah apabila sampai masanya kelak. Sesungguhnya janji Allah membangkitkan manusia itu juga benar
"Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah" - sura tegas pak iman berkumandang di petang itu.
Bacaan talkin dibacakan untuk para jemaah yang hadir. Inilah peringatan yang sangat berguna untuk kami yang masih merasai nikmat kehidupan. Soalan-soalan bocor ini untuk mengingatkan kami para jemaah bahawa akan sampai masa kami juga akan ditanya oleh malaikat pemegang amanah yang paling setia. Jawapannya pula bukan untuk dihafal oleh kami yang masih hidup kerana nanti sampai saatnya bila roh terpisah dari jasad mana mungkin jawapan-jawapan yang dihafal itu menjamin kita menghadapi Sakratulmaut. Sesunggunya IMAN lah yang akan menjadi suara kita. Bagaimana iman kita, begitulah jawapannya. Jadi, bagaiman IMAN kita?
Bagaimana iman kita?
Bagaimana keimanan kita?
Bagaimana keimanan kita terhadap Allah Yang Maha Esa? Adakah kita benar-benar yakin bahawasanya seluruh kehiudupan kita dalam perhatian Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Terperinci? Adakah seluruh tindakan dalam kehidupan kita berorbitkan keimanan terhadap Allah Yang Satu? Atau kehidupan kita sekadar sehelai kehidupan seharian seperti robot-robot yang tidak mengerti mengapa ia dicipta?
Bagaimana keimanan kita terhadap malaikat? Adakah keimanan kita kepada makhluk Allah yang paling taat ini menjadikan kita insan paling berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita? Benarkah kita yakin bila-bila masa sahaja, malaikat Allah ini akan datang merenggut tangkai nyawa dari jasad kita? Atau kita merasakan malaikat hanya wujud dalam kehidupan para rasul sahaja?
Bagaimana keimanan kita terhadap para rasul dan kitabNya? Dapatkah kita merasakan rasul itu adalah utusan Allah yang dihantar untuk mengajarkan kita tatacara kehidupan yang sebenar dan fitrah? Atau kita merasakan kisah ar-rasul hanyalah khayalan yang dicipta atas propaganda golongan tertentu sahaja? Sejauh mana keikhlasan kita dalam melaksanakan ajaran yang digariskan dalam al-kitab pula? Atau kita hanya mendasari bahawa kita Islam maka kita perlu solat, berpuasa dan menunaikan haji sahaja? Sudahkan kita beriman dengan segala peraturan yang Allah turunkan melalui al-Kitab dan al-sunnah secara mutlak? Tidakkah kita berasa terpanggil apabila al-quran menyeru “wahai manusia” dan “wahai orang yang beriman”? Atau kita merasakan al-kitab itu hanyalah risalah yang perlu dibaca tanpa dihayati penterjemahannya dalam kehidupan seharian kita?
Benarkah kita percaya bahawa pada satu saat nanti kita semua akan dibangkitkan setelah jasad kita hancur dimamah tanah? Percayakah kita bahawa nanti segala perincian hidup kita akan diulang-tayang di hadapan ar-Rasul dan seluruh ummat manusia? Adakah segala amalan kita didasari atas keimanan kita terhadap hari pembalasan?
“Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman, kumpulkanlah kami dalam iman dan masukkanlah kami ke dalam syurgamu dalam iman”.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.”
(Hadis Riwayat: Muslim)
Bersama-sama jemaah di perkuburan adalah anak sulung dan isteri arwah serta kami kaum keluarga yang terdekat. Terkesan si ibu apabila melihat anaknya sendiri yang bersusah payah menguruskan mayat si ayah dari menjaga ketika sakit, memandikan, mengiringi ke perkuburan sehinggalah mengkebumikan, juga duduk tunduk menghadap tanah yang merah di barisan hadapan di saat tok imam membacakan talkin. Berdetik hati K’Shee, tanggungjawab si anak tidak terhenti di situ. Sesungguhnya doa si anak inilah yang ditunggu oleh arwah. Maka hendaklah sebagai anak kita memenuhi kriteria pertama dalam rangka memastikan doa kita bermafaat untuk ibu dan ayah.
Terimbau kembali di saat kami sekeluarga kehilangan arwah ayah kira-kira 11 tahun yang lepas. Di saat itu K’Shee baru menjengah usia remaja, adik yang kecil masih berumur sembilan tahun. Kematian ayah banyak mengajarkan kami erti sebenar dugaan hidup. K’Shee melihat bagaimana mak bersusah payah menyeimbangkan kehidupan kami tanpa sumber rujukan dan nasihat. Mengajarkan mak bagaimana menjadi ibu yang tahan lasak menghadapi anak-anak remaja, mengajarkan kami anak-anak menjadi anak-anak yang mengasihani perngobanan si ibu. Mengajarkan masyarakat sekeliling kami bahawa kehidupan tanpa ayah juga kami boleh menjadi lebih dari orang lain.
“Ya Allah jadikanlah kami bertiga anak yang soleh serta penyejuk mata dan hati ibu kami”
Minggu yang sudah, k'Shee bertugas di Shah Alam selama seminggu. Bersama k'Shee adalah satu kumpulan remaja yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Dungun. 63 orang anak remaja adalah satu kumpulan yang agat besar untuk k'Shee uruskan. Terutamanya dari segi logistik. Bagaimanapun, bukanlah urusan logistik yang k'Shee risaukan, tetapi disiplin mereka sepanjang permusafiran kami dari Dungun ke Shah Alam dan sepanjang mereka berada di sana. Kami bertolak dari Dungun lebih kurang pukul 3.00 ptg, agak lewat kerana beberapa dari mereka terpaksa menduduki ujian MUET pada hari tersebut dan bagi sebahagian yang lain hari terebut adalah hari terakhir untuk menghantar laporan projek akhir mereka.
K'Shee had decided to travel with them by bus. 65 means two buses. So, one bus allocated for boys and girls seperately. Since some of them have not had lunch before, including us (k'Shee and my officemate) we stoppedat one restaurant somewhere in Tebing Tembah, right before Paka (about 20 minutes away from Dungun) to grab some lunch. Getting off the buses k'Shee had spotted one of these teenages to have this weird hair style, punk-likely hair style. This 'view' really getting me on my nerve. And at that very moment i had warned him to change his hair style by tomorrow morning, before we had to start our important business at Shah Alam. (I could not imagine how my face looked like!)
However, the next morning, right before all these teenages to get themselves busy with tight schedule, k'Shee had spotted another teenager to have the same punk-likely hair style, it just on the different side of his head. Again, this eye-sore view boiled my blood up to its boiling point. Apalagi, sebakul lah lecture dari k'Shee. What surprised me is his answers to his action;
I' m sorry miss. I haven't thought much. I just do it in split second
Then my replies of surely a spicy one;
This is the main problem to our young generation. Haven't thought much. Tak berfikir panjang towards their action. Sebab tak berfikir panjang. Ini hanya masalah peribadi diri seorang pelajar IPT. It just a hair style. Cuba bayangkan kalau kamu tak berfikir panjang tentang perkara-perkara yang lebih besar? Agaknya inilah yang menyebabkan ramai anak remaja sekarang ramai yang mengandung luar nikah. Agaknya inilah yang menyebabkan ramai anak remaja sekarang ketagihan pil-pil haram?
Mungkin ramai melihat perkara seperti ini adalah perkara yang kecil. Tidak bagi k'Shee. Inilah budaya IKUT-IKUTAN SECARA SEMBRONO TANPA BERFIKIR PANJANG. Inilah budaya yang menghampirkan diri kepada kekufuran.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya "Kamu akan mengikut jejak langkah ummat-ummat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka"
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan nasrani yang kau maksudkan?"
Nabi saw mennjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka"
-hadis yang bersumber daripada Abu Sa'id Al-Khudri (r), yang diriwayatkan oleh Muslim
Cuti yang panjang kali ni K'Shee berazam untuk menghabiskan 2 buah buku. Minggu sudah K'Shee melepaskan 'rindu' ke kedai buku favourite K'Shee di Besut ni (sementara balik bercuti di Besut). Niat utama nak membeli quran terjemahan bagi menggantikan quran terjemahan yang paling K'Shee sayang yang K'Shee tertinggal di dalam bas masa balik ke kampung hari tu. Jadi kesempatan, K'Shee intailah lah ke rak buku fikrah. Terjumpa buku yang sudah lama K'Shee cari. Jadi sekarang ni K'Shee tengah dalam usaha menghabiskan buku ni.
Manhaj Hidup MUSLIM
Oleh: Al-Syahid Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi Penerbit: Dewan Pustaka Fajar Harga: rm12.50 Muka: 190
Sedikit petikan dari buku ini:
"Perumpamaan orang yang sama sekali tidak tahu berbedaan antara islam dan kufr serta perbedaan antara islam dan syirik adalah ibarat seseorang yang berjalan pada sebuah jalur jalan yang gelap. kemungkinan besar apabila dia sedang mengikuti sebuah jalur yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahwa ia telah terseleweng ke arah yang lain.."
..hidup adalah perjalanan dan pencarian, setiap detik perjalanan tersimpan rahsia keagungan, setiap inci pencarian, tersembunyi hikmah Tuhan, terbentang kekuasaan ar-Rahman, perjalananku ini adalah perjalanan mencari kejernihan keredhaan di segenap ruang, tatkala itu kusedar aku diperhatikanMu Ya Tuhan...