10 November 2008

An Added Value

value comes with the prices

tinggi nilai, tinggilah harga. Common sense. Dan common sense pula akan mengiayakan setiap seorang dari kita suka untuk memiliki barang yang berharga. Itu pada benda. Tapi apa pula nilai diri kita? Benda yang bernilai lagi dihargai, apatah lagi diri yang bernilai. Pasti ramai yang ingin memiliki.

Tapi adakah kita telah memberikan satu nilai pada diri? Setinggi manakah nilai yang kita berikan? Apa pula kayu pengukur memberi nilai pada diri? Apakah nilai yang kita berikan itu mampu memanfaatkan diri? Memanfaatkan masyarakat? Memanfaatkan ummah? Memanfaatkan agama?

There comes Islam. Agama adalah kayu ukur yang paling tepat. Al-quran dan al-sunnah adalah penurasnya. Islam memberikan satu nilai tambah dalam diri manusia. Akhlak yang diajar sungguh cantik bila dipratikkan. Jika tidak, masakan Rasulullah mampu mencairkan hati musuh-musuhnya hanya dengan memperlihat akhlak yang sungguh cantik ini. Masakan musuh Baginda akhirnya mengakui kehebatan akhlak islam itu sendiri?

Jika dilihat situasi masyarakat di sekitar tanah hijjaz sebelum kedatangan, masyarat ketika itu memberikan satu nilai yang sangat rendah pada wanita. Benar kedatangan Islam memberi rahmat ke seluruh alam. Terutamanya kepada wanita. Wanita pernah diberi nilai serendah barang dagangan. Di jual beli. Dianggap mainan yang boleh ditolak ke tengah dan ke tepi. Peradaban Rom yang dianggap gah itu memandang wanita sebagai hamba yang mesti tunduk kepada kemahuan lelaki, tamadun India kuno meletakkan wabak penyakit dan mati adalah lebih baik dari wanita, malah tamadun Greek yang begitu diagung-agungkan turut menganggap wanita sebagai kotoran hasil perbuatan syaitan. Datangnya Islam menyelamatkan nilai wanita. Islam yang menaikan martabat kaum wanita.

"Sesungguhnya lelaki wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki wan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka pahala dan keampunan yang besar"

Quran al-ahzab (33;35)

Tapi situasi masyarakat hari ini seolah mengembalikan kedudukan wanita kembali ke tempat yang serendah. Wanita sendirilah yang meletakkan nilai diri selaras dengan kedudukan wanita zaman Rom dan Greek. Mendedahkan diri untuk dihina dan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Sikap dan aklak tidak mencerminkan peradaban. Bila kemajuan diukur pada cara berfesyen yang tidak masuk akal dan tatacara pergaulan yang menjijikkan. Kemajuan diukur pada sejauh mana hedonisme men'darah daging'. Kiblat seolah terarah kepada hiburan hasil produksi yahudi yang tiada henti bermain di dalam diri.



Islam datang membawa satu nilai yang amat tinggi untuk wanita. Tatacara pemakaian untuk wanita amat cantik. Memberi satu penghormatan kepada wanita. Diri wanita itu untuk tontonan orang-orang exclusive sahaja. Hanya 'VIP' -mahram, berhak melihat diri wanita. Bukankah ini satu penghormatan yang amat tinggi?? Menutup aurat itu bukan perlakuan TIDAK ADIL oleh Islam terhadap wanita. Tetapi inilah yang paling adil. Bukankah barang yang bernilai akan dibalut kemas dan cantik, tidak dibiarkan terdedah dijamu mata oleh sebarangan orang?

Akhlak yang di ajar oleh Islam menepati fitrah wanita sendiri. Diciptakan wanita itu lembut dan berhati sensitif. Bila wanita ini beraklak dengan akhlak peribadi muslimah, terserlah kecantikan Pencipta. Bunga yang cantik bila berbau harum harus lebih memikat. Wanita yang adil hanya berbakti pada yang berhak. Meletakkan keistimewaan pada yang berhak. Bukan pada sesiapa sahaja yang dirasakan menarik. Pergaulan yang dibatasi dasar syariat. Islam datang bukanlah mengongkong. Tetapi lebih bersifat memelihara. Memelihara kerana wanita itu istimewa.



Tapi wanita hari ini hanya dikaburi dengan persepsi yang songsang. Nilai yang rendah yang di'logo'kan oleh barisan manusia yang berniat jahat terus dipandang setinggi awan. Mereka di barisan itu tidak menginginkan wanita melainkan kesukaan memperlihat melihat badan-badan yang telanjang, tempat-tempat fitnah yang mendorong kepada syahwat dan perlakuan dusta yang dibuat-buat. Akhlak Islam bukan lagi pilihan. Islam bukan lagi cara hidup. Agama bukan lagi kayu pengukur. Tamadun barat yang belum tentu benar pada pandangan pencipta diagungkan.

Aku menyeru diri sendiri dan wanita-wanita lain agar membenarkan rahmat yang Allah limpahi ini untuk kita. Menyeru agar menyediakan diri dengan memberikan satu nilai yang amat tinggi. Menjadikan al-quran dan al-sunnah sebagai panduan. Menjadikan agama sebagai kayu ukur, menyahut seruan untuk mentaati segala perintah Allah SWT.

Nikmatilah keindahan berhijab, nikmatnya menjaga kehormatan dan sentiasa berasa malu.