10 November 2008

An Added Value

value comes with the prices

tinggi nilai, tinggilah harga. Common sense. Dan common sense pula akan mengiayakan setiap seorang dari kita suka untuk memiliki barang yang berharga. Itu pada benda. Tapi apa pula nilai diri kita? Benda yang bernilai lagi dihargai, apatah lagi diri yang bernilai. Pasti ramai yang ingin memiliki.

Tapi adakah kita telah memberikan satu nilai pada diri? Setinggi manakah nilai yang kita berikan? Apa pula kayu pengukur memberi nilai pada diri? Apakah nilai yang kita berikan itu mampu memanfaatkan diri? Memanfaatkan masyarakat? Memanfaatkan ummah? Memanfaatkan agama?

There comes Islam. Agama adalah kayu ukur yang paling tepat. Al-quran dan al-sunnah adalah penurasnya. Islam memberikan satu nilai tambah dalam diri manusia. Akhlak yang diajar sungguh cantik bila dipratikkan. Jika tidak, masakan Rasulullah mampu mencairkan hati musuh-musuhnya hanya dengan memperlihat akhlak yang sungguh cantik ini. Masakan musuh Baginda akhirnya mengakui kehebatan akhlak islam itu sendiri?

Jika dilihat situasi masyarakat di sekitar tanah hijjaz sebelum kedatangan, masyarat ketika itu memberikan satu nilai yang sangat rendah pada wanita. Benar kedatangan Islam memberi rahmat ke seluruh alam. Terutamanya kepada wanita. Wanita pernah diberi nilai serendah barang dagangan. Di jual beli. Dianggap mainan yang boleh ditolak ke tengah dan ke tepi. Peradaban Rom yang dianggap gah itu memandang wanita sebagai hamba yang mesti tunduk kepada kemahuan lelaki, tamadun India kuno meletakkan wabak penyakit dan mati adalah lebih baik dari wanita, malah tamadun Greek yang begitu diagung-agungkan turut menganggap wanita sebagai kotoran hasil perbuatan syaitan. Datangnya Islam menyelamatkan nilai wanita. Islam yang menaikan martabat kaum wanita.

"Sesungguhnya lelaki wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki wan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka pahala dan keampunan yang besar"

Quran al-ahzab (33;35)

Tapi situasi masyarakat hari ini seolah mengembalikan kedudukan wanita kembali ke tempat yang serendah. Wanita sendirilah yang meletakkan nilai diri selaras dengan kedudukan wanita zaman Rom dan Greek. Mendedahkan diri untuk dihina dan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Sikap dan aklak tidak mencerminkan peradaban. Bila kemajuan diukur pada cara berfesyen yang tidak masuk akal dan tatacara pergaulan yang menjijikkan. Kemajuan diukur pada sejauh mana hedonisme men'darah daging'. Kiblat seolah terarah kepada hiburan hasil produksi yahudi yang tiada henti bermain di dalam diri.



Islam datang membawa satu nilai yang amat tinggi untuk wanita. Tatacara pemakaian untuk wanita amat cantik. Memberi satu penghormatan kepada wanita. Diri wanita itu untuk tontonan orang-orang exclusive sahaja. Hanya 'VIP' -mahram, berhak melihat diri wanita. Bukankah ini satu penghormatan yang amat tinggi?? Menutup aurat itu bukan perlakuan TIDAK ADIL oleh Islam terhadap wanita. Tetapi inilah yang paling adil. Bukankah barang yang bernilai akan dibalut kemas dan cantik, tidak dibiarkan terdedah dijamu mata oleh sebarangan orang?

Akhlak yang di ajar oleh Islam menepati fitrah wanita sendiri. Diciptakan wanita itu lembut dan berhati sensitif. Bila wanita ini beraklak dengan akhlak peribadi muslimah, terserlah kecantikan Pencipta. Bunga yang cantik bila berbau harum harus lebih memikat. Wanita yang adil hanya berbakti pada yang berhak. Meletakkan keistimewaan pada yang berhak. Bukan pada sesiapa sahaja yang dirasakan menarik. Pergaulan yang dibatasi dasar syariat. Islam datang bukanlah mengongkong. Tetapi lebih bersifat memelihara. Memelihara kerana wanita itu istimewa.



Tapi wanita hari ini hanya dikaburi dengan persepsi yang songsang. Nilai yang rendah yang di'logo'kan oleh barisan manusia yang berniat jahat terus dipandang setinggi awan. Mereka di barisan itu tidak menginginkan wanita melainkan kesukaan memperlihat melihat badan-badan yang telanjang, tempat-tempat fitnah yang mendorong kepada syahwat dan perlakuan dusta yang dibuat-buat. Akhlak Islam bukan lagi pilihan. Islam bukan lagi cara hidup. Agama bukan lagi kayu pengukur. Tamadun barat yang belum tentu benar pada pandangan pencipta diagungkan.

Aku menyeru diri sendiri dan wanita-wanita lain agar membenarkan rahmat yang Allah limpahi ini untuk kita. Menyeru agar menyediakan diri dengan memberikan satu nilai yang amat tinggi. Menjadikan al-quran dan al-sunnah sebagai panduan. Menjadikan agama sebagai kayu ukur, menyahut seruan untuk mentaati segala perintah Allah SWT.

Nikmatilah keindahan berhijab, nikmatnya menjaga kehormatan dan sentiasa berasa malu.

30 October 2008

Tentang pensel..4 soalan bocor

Soalan 1 : Kenapa pena-terbang?

Jawapan : Pernah tak nampak pena@pensel boleh terbang? Tak pernah kan? Pensel hanya menari. Jadi perlu jadi lebih advance, zaman ini bukan menari tapi terbang.

Soalan 2 : Apa yang 'diterbangkan' oleh pena-terbang?

Jawapan : Kemana pensel pernah terbang, apa yang pensel terbang buat, ilmu yang pensel terbang fikir wajib dikongsi oleh pembaca dan buah fikir yang pemilik pensel terbang mahu kongsi.

Soalan 3 : Siapa pula pemilik pena@pensel terbang ni?

Jawapan : Nama timangan, Sheeda tapi sekarang ni lebih dikenali dengan panggilan yang lebih pendek : Shee : Lebih dikenali di kalangan adik-adik dengan panggilan Kak Shee / K'Shee. Pemilik sangat senang dengan panggilan K'Shee sahaja.

Soalan 4 : Boleh cerita sedikit tentang pemilik pena-terbang ni?

Jawapan : Pemilik adalah lulusan Master of Engineering (MEng) in Chemical Engineering dari Loughborough University, United Kingdom [2004-2008]. Sekarang pemilik berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM Terengganu Kampus Dungun, mengajar Process Control dan Chemical Reaction Engineering.

Berasal dari Besut, Terengganu dari keluarga yang kecil (in size) dan masih muda remaja.

Pemilik pena-terbang adalah aktivis dakwah di kalangan remaja dan pelajar-pelajar IPT di Terengganu.

Soalan 5 : Boleh dikongsi gambar-gambar pemilik pena-terbang?



Pemilik bersama 2 orang teman di Loughborough UK



Pemilik bersama 2 orang buah hatinya


15 September 2008

Curently Reading What?

Minggu ini K'Shee sedang dalam usaha menghabiskan bacaan satu buku yang naqibah K'Shee yang tersayang pernah syorkan masa K'Shee di UK dulu. Pembacaan buku ni terhenti setelah K'Shee pindah ke Dungun. Tapi minggu ni nak sambung lagi.



Penulis : Bey Arifin
Penerbit : Pustaka Nasional PTE LTD Singapura
Sudah lupa how much it cost

Buku ini mengupas secara teliti makna disebalik surah yang dipanggil Ummul-Kitab, Al-Fatihah. Secara personal K'Shee sangat tertarik dengan cara kupasan surah al fatihah melalui buku ini dan terasa surah ini lebih dekat di hati.

Sedikit petikan dari buku ini dalam satu bab yang mengupas makna Ta'awwudz:

"Pokok masalah terpenting untuk memahamkan ayat ini terletak pada dua kata, iaitu kata-kata BERLINDUNG dan kata-kata SYAITAN. Dengan memahamkan sebaiknya dan sedalam-dalamnya, tentang PERLINDUNGAN ALLAH dan tentang SYAITAN kita akan memahai dan mengerti sedalam-dalamya akan isi yang terkandung dalam ayat ini."

09 September 2008

..supaya kamu mendapat kemenangan


Sujud kemerdekaan....

sujud itu menundukkan dahi
tetapi memuliakan muslim
yang bertakbir kepada Allah
dan bertasbih kepadaNya


si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu masalah

di dlm kemuliaan sujud,
semua akan tunduk
kepada muslim yang sujud

seluruh alam takut
kepada kata-kata dan perbuatannya


wajah dan seluruh anggotanya diletakkan dibumi
tetapi dia menggoncangkan gunung ganang

meruntuhkan syirik,
was-was di dalam diri si jahil



tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya

sujud kepada Allah
dan mengesakanNya

lalu mantap dan kuat

terhapuslah setiap penzalim yang sombong
barangsiapa menghayati sujud ini

dia menikmati kepimpinan
dan ketuanan
di muka bumi
dengan keagunganNya,
rahmat dan keindahanNya

by: Abdul Wahab Azzam

26 August 2008

Me Stranger..

let me be the stranger..today.

enjoy the Soutul Salam's fisrt ever single..




It's written in the history
Islam once ruled the world
But I'm standing here in melancholy
How can I claim of such word?

Those days have left us so far
Unreachable beauty like the star
History left ajar
Could I ever heal the scar?

c/o

What is happening to Islam today?
Why the feeling of me going astray?
Oh Allah, I plead and pray
Steadfast my faith in the righteous way

Ghurabaa..
Bada'al Islamu Ghareeban
Saya3oudul Islamu Ghareeban
Fathouba lil ghurabaa

Come on brothers let us reform
Stand united through blizzard storm
Let not our path be lured into darkness
We shall go beyond the norm

Contemplating my own fear
With this heart craving for a guidance
All the things I hold so dear
Put my dean in a distance

Islam is now estranged
Estranged from its former existence
For indeed we are strangers
Cause Islam's our conscience

Repeat c/o

Song & Lyrics:
Mohammad Ihab Ismail



Fathouba lil ghurabaa..
glad tiding for strangers...